Tuesday, 14 July 2015

Berita Mengejutkan Seluruh Negara


Berita Mengejutkan Seluruh Negara. Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana ahlinya yang didapati terlibat melakukan provokasi melampau dalam insiden di Plaza Low Yat semalam.

Tidak menafikan kemungkinan ada ahlinya yang terlibat, Presiden Pekida Jalaluddin Yusof berkata, pihaknya bagaimanapun akan melakukan siasatan terperinci sekiranya benar terdapat aduan insiden berkenaan membabitkan ahli mereka.

"Kalau ada laporan ahli terlibat, kita akan siasat. Kalau mereka terlibat provokasi melampau, kita akan ambil tindakan.

"Tetapi kalau mereka terlibat dengan membela diri, kita akan kaji," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.

Beliau mengulas insiden kekecohan membabitkan sekumpulan kira-kira 200 orang serta kejadian tumbuk menumbuk yang mengakibatkan kecederaan malam tadi.

Jalaluddin bagaimanapun mendakwa, pertubuhan itu sering dijadikan kambing hitam sekiranya berlaku insiden sedemikian di negara ini.

"Pekida pun bukan suka sangat pergaduhan. Kita pun suka keamanan kita terjamin. Pekida kini sudah jadi seperti kambing hitam," katanya.


Jalaluddin berkata, Pekida juga bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan keadaan sentiasa terkawal.

"Kita pun rujuk kepada pihak keselamatan. Kita pun tidak mahu ekonomi kita terjejas," katanya.

Tidak menolak kemungkinan ada ahli Pekida yang terlibat dalam insiden tersebut, beliau berkata: "Kalau sudah ramai-ramai macam itu, mungkin ada ahli yang terlibat. Tetapi kita tidak terlibat secara rasmi."

Berita Mengejutkan Seluruh Negara

Beliau berkata, memang ada ahli Pekida yang diarahkan mengawal keadaan ketika insiden itu agar ia tidak menjadi lebih buruk dan di luar kawalan.

Drama di Plaza Low Yat itu bermula pada Sabtu apabila seorang pemuda dilaporkan mengunjungi sebuah kedai di sana untuk membeli telefon bimbit Lenovo S860 bernilai RM799.

Jurujual yang melayannya memberitahu The Star kemudiannya, apabila dia berpaling untuk mendapatkan hadiah percuma untuk pemuda itu, dia sudah pun melarikan diri bersama telefon bimbit itu.

Kejadian kejar-mengejar tercetus dan peniaga telefon bimbit di kedai lain menangkap suspek itu, menyerangnya dan menyerahkan kepada polis.

Semalam, bagaimanapun, sekumpulan rakan suspek menyerbu ke plaza itu dan menyerang kedai di mana pekerjanya membantu memberkas suspek.

Ketegangan terjadi semula di luar Plaza Low Yat di Kuala Lumpur sejurus selepas tengah malam tadi apabila pergaduhan tercetus di antara 2 kumpulan, hanya beberapa jam selepas polis mengarahkan kumpulan yang ramai di luar premis itu bersurai.

Berlaku tumbuk menumbuk di kalangan ahli kedua-dua kumpulan sambil topi keledar dan barang lain dilempar kepada satu sama lain.

Beberapa orang, termasuk petugas media, dilaporkan turut cedera dalam insiden itu.

Wartawan yang berada di tempat kejadian juga melaporkan mendengar bunyi seakan letupan beberapa kali di kawasan itu.

Beberapa kereta peronda polis dihantar ke kawasan itu, diikuti 4 Unit Simpanan Persekutuan dan satu meriam air.

Unit itu mula menggeledah kawasan itu, mencari mereka yang menimbulkan masalah dan membuat beberapa tangkapan.


Iklan B (ii)







2 comments:

  1. bila demo dekat cina, terus nak buat siasatan terperinci. bila demo sama melayu tak ada pun...!

    ReplyDelete
  2. tolong menolong dalam kebajikan dan bukan kearah keburukan..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...