Friday, 24 July 2015

Berita Memalukan Ketua Polis Negara?


Berita Memalukan Ketua Polis Negara? Pihak berkuasa Thailand sekali lagi menolak permintaan polis Malaysia untuk menyoal bekas Pengarah PetroSaudi International (PSI) Xavier Andre Justo atas dakwaan menawarkan untuk menjual maklumat rahsia berkaitan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), lapor Bangkok Post.

Sebaliknya, Ketua Polis Thailand Somyot Poompunmuang berkata, Justo bukan warganegara Malaysia dan menasihatkan rakan sejawatannya, Tan Sri Khalid Abu Bakar menggunakan saluran yang betul, termasuk Kementerian Luar.


Thailand sebelum ini menolak permohonan sama oleh Bukit Aman pada 16 Julai. Bangkok Post juga melaporkan para diplomat dan polis Malaysia berjumpa Somyot semalam.


Malaysian access to Justo denied again 


Malaysia's relentless campaign to gain access to a Swiss national accused of information leaks damaging to Prime Minister Najib Razak remains stalled after national police chief Somyot Poompunmuang rejected... 
Bangkok Post 


Iklan B (ii)







3 comments:

  1. baiklah siasat sirul tu

    ReplyDelete
  2. Macam tak tahu buat kerja aje, janganlah buat macam tu KPN.

    ReplyDelete
  3. Dia ingat Thailand tu sebahagian dari Malaysia kot?

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...