Monday, 20 July 2015

Berita Yang Telah Dijangka..


Pihak polis memperketatkan kawalan berhampiran Plaza Low Yat petang ini selepas satu mesej tentang "amuk Melayu" tersebar melalui aplikasi pesanan ringkas WhatsApp di kalangan sebilangan warga Kuala Lumpur.

Tinjauan The Malaysian Insider mendapati ada empat biji trak polis diparkir di bawah jejantas Hotel Federal yang terletak di sebelah Plaza Low Yat.Kelibat anggota-anggota polis dengan seragam biru turut kelihatan di Jalan Bulan, yang merupakan salah satu daripada jalan masuk ke Plaza Low Yat.

Mereka menyaring orang awam yang ingin ke Plaza Low Yat.Wartawan The Malaysian Insider sendiri dihentikan polis di simpang bersebelahan Federal Hotel dan hanya dibenarkan lalu selepas menayangkan pas pengesahan media Jabatan Penerangan.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah sewaktu ditemui pemberita berkata, keadaan terkawal namun polis mengetatkan kawalan kerana khabar angin berkenaan.

Khabar angin yang dimaksudkan itu dikesan disebarkan dengan penulis asalnya seorang yang menamakan dirinya sebagai “Papagomo Original”.

Mesejnya antara lain berbunyi:"Salam semua… admin berada di restoran NZ KLCC duduk berbincang bersama puluhan ayahanda serta wakil NGO dan setelah 3 jam table talk nampaknya amarah dan amuk bangsa Melayu tak mampu ditahan dengan sabar lagi.


Addin:

Satu lagi cubaan alih perhatian pada isu 1MDB..


Iklan B (ii)







1 comment:

  1. Penjodoh bilangan bagi trak adalah "buah" bukan "biji".

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...