Sunday, 26 July 2015

Berita Gempar Buat Ahli PAS


Berita Gempar Buat Ahli PAS. Walaupun bergelar ulama dan berstatus Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din tetap perlu berhati-hati mengeluarkan kenyataan, termasuk memberikan 'fatwa' haram kepada wakil rakyat tertentu yang menyertai Gerakan Harapan Baru.

Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, wang yang diperolehi sebagai wakil rakyat sebahagiannya digunakan untuk membiayai keluarganya.

Kata anak bekas Yang Dipertua Agung PAS itu berkata mengapa Haron beranggapan elaun diperolehinya haram apabila membuat pendirian menyokong Pakatan Rakyat."Saya ingin bertanya semula kepada beliau (Haron), ada wakil rakyat dalam PAS yang tidak mesra kepada Pakatan dan kadang-kadang menyerang Pakatan.


Bagaimana (hukum) pendapatan mereka?"Adakah ia sah? Adakah mereka memenangi kerusi itu atas tiket Pakatan atau PAS semata-mata? Jawapannya, mereka menang atas tiket Pakatan," kata Mujahid yang juga Pengerusi Penaja GHB Pulau Pinang.

Berita Gempar Buat Ahli PAS

Beliau berucap di majkus rumah terbuka hari raya anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) di George Town, Pulau Pinang semalam.Mujahid juga memberi contoh bagaimana beliau memenangi kerusi parlimen Parit Buntar dalam pilihan raya umum 2013 dengan memperoleh majoriti 8,000 undi. 

Kata Mujahid, 80 peratus daripada pengundinya adalah komuniti China, 10 peratus India dan selebihnya Melayu.PAS mempunyai kira-kira 4,000 di Parit Buntar."Jika kita tolak 4,000 ahli PAS, saya masih ada majoriti 4,000 undi. Di mana saya nak letak muka kalau mereka datang jumpa saya?" katanya.


Iklan B (ii)







6 comments:

  1. Jgn menyalahkan orang lain...kerana diri yg ingin keluar... maka terima lah cacian org...kami orang PAS yg mengundi hang...TIDAK MENGHALAL DUIT GAJI SEBAGAI WAKIL RAKYAT....TERIMA LAH AZAB NANTI SEHINGGA ANAK CUCU HANG...SILA LETAK JAWATAN SEBAGAI AHLI PARLIMEN...Bertanding semula baru halal hang mkn duit gaji ahli dewan rakyat

    ReplyDelete
  2. aku tak halal walau satu sen pun wang derma aku pada upu parlimen parit buntar yg dimenangi oleh penagih tegar GHB yg berkelulusan PhD mulut longkang ni... dan dan wang gaji yg dia dapat dari elaun wakil rakyat yg dimenangi hasil pangkah pengundi PAS JUGA ADALAH HARAM...NERAKA LAH balasannya bg ANAK CUCU HANG kecuali anda meletak dari menjadi wakil rakyat DAN BERTANDING ATAS TIKET ghb

    ReplyDelete
  3. dah..dah la tu sibuk dengan baiah...talak...makan duit elaun haram......woi ahli politik....yb......ramai lagi rakyat miskin...gst...kenaikkan harga barang,tol,minyak...1mdb yg bakal meruntuhkkn ekonomi negara.......apa yg ahli yb pas usahakan??? kami undi sbb nak kamu semua perjuangkn hakk2 kami di parlimen bukannya ponteng masa bersidang....itu x dikira makan elaun haram ke??? so far x nampak sorang pun ulamak2 pas yg kedepan memperjuangkan apa yg saya sebutkn diatas....

    ReplyDelete
  4. Dr Mujahid kata orang yang mengundinya atas dasar PAS mungkin hanya sekitar 4000 orang. Lupakah beliau bahawa walaupun yang bertukar haram itu sedikit, tetapi bila bercampur dengan perkara halal, ia akan mengharamkan semuanya sekali? Walaupun beliau memperoleh satu undi sahaja, tetapi sekiranya undi tersebut diperoleh atas dasar beliau mewakili parti Islam, ia tetap diperhitungkan Allah.

    Saya hanya mampu menasihat. Saya cukup bimbang jika inilah sikap mereka terhadap parti, apakah pula sikap mereka terhadap negara sekiranya menjadi pemimpin Malaysia kelak? Apakah mereka juga sanggup menggadai kedaulatan negara hanya kerana menjaga hubungan dengan pihak-pihak luar yang jelas mahu mengambil kesempatan terhadap tanahair?
    Mereka masih punya pilihan, antara terus kekal berjuang dalam PAS sekurangnya sehingga tamat tempoh sebagai wakil rakyat sekiranya tidak mahu menyusahkan rakyat menghadapi PRK, ataupun terus keluar dengan meletakkan jawatan demi maruah, harga diri dan takutkan Allah biarpun terpaksa menunggu sepenggal lagi untuk bertanding semula.

    Kasihanilah jua anak dan isteri, yang terpaksa menelan rezeki haram, membesar dalam keadaan syubhah, yang bakal menyebabkan doa mereka tidak diendahkan oleh Allah SWT

    ReplyDelete
  5. jgn pilih coment yg sokong hangpa saja keluar dalam coment blog hangpa....memang dasar boker n barua dap

    ReplyDelete
  6. Dr Mujahid Parit Buntar berhujah orang yang mengundinya atas dasar PAS mungkin hanya sekitar 4000 orang. Lupakah beliau bahawa walaupun yang bertukar haram itu sedikit, tetapi bila bercampur dengan perkara halal, ia akan mengharamkan semuanya sekali? Walaupun beliau memperoleh satu undi sahaja, tetapi sekiranya undi tersebut diperoleh atas dasar beliau mewakili parti Islam, ia tetap diperhitungkan Allah. Saya cukup bimbang jika inilah sikap mereka terhadap parti, apakah pula sikap mereka terhadap negara sekiranya menjadi pemimpin Malaysia kelak? Apakah mereka juga sanggup menggadai kedaulatan negara hanya kerana menjaga hubungan dengan golongan anti Islam dap yang jelas mahu mengambil kesempatan terhadap perpecahan PR. Mereka masih punya pilihan, antara terus kekal berjuang dalam PAS sekurangnya sehingga tamat tempoh sebagai wakil rakyat sekiranya tidak mahu menyusahkan rakyat menghadapi PRK, ataupun terus keluar dengan meletakkan jawatan demi maruah, harga diri dan takutkan Allah biarpun terpaksa menunggu sepenggal lagi untuk bertanding semula. Kasihanilah jua anak dan isteri, yang terpaksa menelan rezeki haram, membesar dalam keadaan syubhah, yang bakal menyebabkan doa mereka tidak diendahkan oleh Allah SWT

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...