Thursday, 30 July 2015

Bekas Menteri Dedah Konspirasi Terhadap Muhyiddin?


Bekas Menteri Dedah Konspirasi Terhadap Muhyiddin? Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai pilihan selain memecat timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin jika berhasrat untuk mengukuhkan kedudukan, kata bekas menteri parti Melayu itu.

Walaupun dipecat daripada Kabinet, Muhyiddin masih timbalan presiden Umno serta mempunyai kuasa menggunakan saluran parti jika mahu melawan semula Najib, kata bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin.

Dan Najib perlu melakukannya dengan segera selepas tekanan lebih kuat apabila tersebarnya klip video semalam menunjukkan Muhyiddin mengatakan perdana menteri mengaku AS$700 juta (RM2.6 bilion) masuk ke dalam akaun peribadinya.

"Langkah pertama yang Najib akan ambil adalah pecat Muhyiddin daripada timbalan presiden Umno," kata Zainuddin kepada The Malaysian Insider.

Muhyiddin dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran dalam rombakan Kabinet pada Selasa, menyaksikan Najib menyingkirkan mereka yang mempersoalkan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara terbuka.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut disingkirkan sebagai menteri.

Kedua-duanya masih mengekalkan kedudukan dalam parti, akan tetapi Muhyiddin sebagai timbalan presiden Umno boleh menggunakan perlembagaan parti untuk memanggil Perhimpunan Agung Khas sekiranya mahu terus mencabar Najib, kata Zainuddin.

Katanya Muhyiddin memerlukan sokongan dua pertiga Majlis Tertinggi (MT) yang mempunyai 25 anggota, kata Zainuddin.

Bekas Menteri Dedah Konspirasi Terhadap Muhyiddin?

"Jika dilihat, beliau (Muhyiddin) masih mempunyai kuasa dengan perlukan dua pertiga MT untuk memanggil mesyuarat agung," kata bekas menteri penerangan itu.

Fasal 9.12 perlembagaan Umno menyebut jawatan ahli-ahli MT termasuk presiden dan timbalan presiden boleh dilucutkan atau Majlis Tertinggi dibubarkan Perhimpunan Agung Khas dengan undian tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan ahli.

Zainuddin berkata Muhyiddin masih mempunyai kuasa mengikut perlembagaan Umno selagi kekal sebagai timbalan presiden. Ini menyebabkan Najib perlu bertindak cepat untuk menyingkirkan timbalannya itu.

Sementara seorang lagi bekas menteri Umno, Datuk Zaid Ibrahim turut meramalkan kedua-dua pemimpin kanan yang lantang mengkritik pentadbiran Najib itu bakal disingkir daripada parti.

"Najib akan pecat Muhyiddin dengan apa cara sekalipun. Peraturan parti tidak akan menghalangnya. Dalam Umno, presiden berkuasa dan tidak adalah yang lebih daripadanya," kata Zaid, yang juga seorang peguam kepada The Malaysian Insider.

Seorang pemimpin Pemuda Umno berkata, Najib pada ketika ini berada dalam keadaan selesa kerana tidak ada pemberontakan secara terbuka daripada peringkat akar umbi terhadap keputusannya memecat Muhyiddin dan Shafie daripada Kabinet.

"Sekarang Najib masih selesa, belum ada penentangan secara terbuka. Ramai yang masih mengampunya, malah MT juga sebelum ini sudah menyatakan sokongan secara kepada Najib.

“Itu yang beliau yakin sangat dengan keputusan dibuat," katanya dengan syarat tidak dinamakan.

Zainuddin berkata, beliau menjangkakan Najib akan memecat Muhyiddin daripada jawatan partinya dalam mesyuarat MT esok.

Bagaimanapun, mesyuarat MT pada Jumaat dibatalkan dalam satu notis ditandatangani Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bertarikh semalam tanpa sebarang alasan diberikan.


Pemimpin Umno lain memberitahu The Malaysian Insider, mesyuarat MT dibatalkan untuk mengelakkan perbahasan hangat selepas Muhyiddin dan Shafie dipecat.

Semalam, sebelum notis mesyuarat MT batal dikeluarkan, Muhyiddin memberitahu pemberita beliau merasakan kedudukannya sebagai timbalan presiden Umno tidak terjejas.

"Kedudukan saya tidak tergugat kerana saya bukan baharu, saya lama dalam parti. Tugas parti tidak akan saya abaikan.

"Saya tidak rasa terhalang dan tidak bimbang untuk hadir. Mereka yang duduk dalam MT (Umno) orang lama," katanya kepada pemberita yang memenuhi kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur semalam.

Beberapa jam selepas Muhyiddin mengadakan sidang media, video menceritakan beliau mempersoalkan Najib berhubung wang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya tersebar.

Tuduhan AS$700 juta masuk ke dalam akaun peribadi perdana menteri tersebar selepas The Wall Street Journal melaporkan pada 2 Julai, memetik sumber penyiasat Malaysia berhubung 1MDB.

Bagaimanapun Najib menafikan secara terbuka beliau menggunakan wang tersebut untuk kegunaan peribadi tetapi tidak pernah menafikan dana dipindahkan ke akaun peribadinya.


Iklan B (ii)







6 comments:

  1. Bangkai gajah tak boleh ditutup dgn nyiru lagi dah........buat diam ,berdolak-dalik dan pecat sana,pecat sini.....lebih byk kerosakan dan penyinayaan berlaku ...bertaubatlah dan beri jawatan kepada lebih layak sebelum lebih kemusnahan berlaku

    ReplyDelete
  2. hukam-hakam malaysia berasaskan kepada hasil penyiasatan badan-badan tertentu .... dan mana ada badan-badan penyiasatan yang 100% BERKECUALI di malaysia ini ... kalau ada yang berkecuali ia akan dijumudkan .... keputusan penyiasatan MESTI ikut arahan tertentu ..... kalau pemimpin negara mahu keputusannya positif, semua akan keluarkan keputusan positif walaupun hasil siasatan menunjukkan negatif ... dan sebaliknya ,,,,,,,!!!! itu sebab dikatakan MALAYSIA BOLEH....!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. Apa dia merepek - menafikan secara terbuka beliau menggunakan wang tersebut untuk kegunaan peribadi tetapi tidak pernah menafikan dana dipindahkan ke akaun peribadinya. Kalau dh masuk personal account tu personal use lah.. Kalau tak cmne hang bole joli sakan mcm duit tak abis 7 keturunan.

    ReplyDelete
  4. Dana Amanah untuk politik amatlah baik untuk terus kekal memerintah selama 22 tahun. Kini beliau membuka aib dan pekung didada sendiri selama memerintah Malaysia. UMNO, BN, PARTI KOMPONEN BN dan KERAJAAN MALAYSIA Berjaya mengimbangi untuk memacu ke arah Negara maju. Inilah dugaan sebenar sebelum MALAYSIA melepasi Negara membanggun ke arah Negara MAJU.

    ReplyDelete
  5. najib dalam keadaan selesa tiada pemberontakan akar umbi..itu riwayat Pemuda UMNO..kikikih mana lah ada pemberontakan dari kumpulan l@#$%

    ReplyDelete
  6. zahid hamidi tak yah berangan jadi PM, lepas ni lak hang pun kena buang

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...