Friday, 3 July 2015

Najib Dan Pimpinan Umno Terkejut Dengan Adegan Ini?


Apsal Adun Umno Ni Mengamuk? Seorang anggota Dewan Undangan Negeri Umno hari ini mengejutkan banyak pihak dengan mengaitkan lelongan nombor plat 'Patriot' dengan aktiviti pelacuran.

“Tindakan menjual plat ini sama seperti 'pelacuran', sacred word kepada pembida tertinggi membuatkan mereka bapa ayam, bukan patriot,” kata wakil rakyat Kempas Tengku Putra Haron Aminurrashid.

Menjelaskan kenyataannya itu Tengku Putra berkata, lelongan sebegitu seolah-olah pihak yang terlibat melacurkan ungkapan suci (iaitu patriot) kepada pembida.

Tengku Putra juga mempersoalkan sama ada pengendali lelongan nombor itu Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPN) memahami perkataan “Patriot” itu, dan sama ada latar belang pembida disemak.

“Antara yang menang bidaan boleh jadi pengkhianat ekonomi yang mensabotaj negara untuk buat duit segera!



"Adakah mereka ini layak pakai nombor plat ini?

“Adakah penganjur tidak mahu pastikan dulu bahawa pemegang (nombor plat) itu patriot yang sejati?” soalnya.

Tengku Putra juga berkata keadaan akan lebih buruk jika pembida yang berjaya mendapatkan nombor itu bukan warganegara Malaysia.

“Jika orang asing menang bidaan 'Patriot 1', secara simbolik, penganjur telah jual negara kita ini,” katanya.


Iklan B (ii)






1 comment:

  1. No plate saja dun... nak ngamuk pun carilah isu masalah rakyat.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...