Friday, 10 July 2015

Berita Memeranjatkan Ahli PAS


Anak Arwah Ustaz Fadhil Noor Dakwa PAS Tidak Dapat Diselamatkan Lagi. Apabila Muktamar Tahunan meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas, ketidakadilan keputusan itu menyebabkan anak bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor, Faiz Fadzil, 38, mula bersuara.

Faiz, seorang peguam, pada hari itu mempersoalkan pengerusi muktamar tentang alasan PAS - parti yang disebut-sebut memperjuangkan idea Islam - menafikan hak perwakilan membahaskan topik begitu penting.

"Saya marah pada hari itu. Sebagai peguam dan anak yang dibesarkan dengan berpegang kepada prinsip-prinsip Islam, saya tak dapat terima mereka menafikan hak asasi kami untuk bersuara.


"Jadi saya lawan mereka, mereka yang mendakwa berjuang melawan kerajaan yang menentang demokrasi, tetapi melakukan perkara yang sama," kata Faiz dalam wawancara bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.

Namun gesaannya tidak didengari, usul diluluskan dan selepas sebulan, seluruh negara menyaksikan parti terbesar Islam negara itu mula berantakan.


Iklan B (ii)







3 comments:

  1. Krisis PAS lebih runcing jika dibandingkan dengan 1MDB...G18 bertindak TEPAT pada masanya.

    ReplyDelete
  2. Komen Saudara Faiz sudah boleh memberi gambaran yang luas dan kita boleh membuat seribu satu andaian apa akan terjadi kepada negara ini kalau lebai-lebai yang menang ini menguasai tampuk pemerintahan Malaysia!! Hanya satu sahaja yang dapat saya lakukan untuk anak cucu. Mengajar mereka menilai semua manusia adalah sama dan kita mula mendapat persepsi terhadap mereka bila mereka mula bercakap dan mengeluarkan idea. Ini bermaksud seorang Mat Rempit adalah sama dengan seorang yang berjubah dan berkopiah selagi kita belum berinteraksi dengan mereka.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...