Saturday, 25 July 2015

Berita Mengejutkan Dan Memalukan Najib


Adik Najib Serang KDN. Adik perdana menteri Datuk Seri Nazir Razak tidak terkecuali menyatakan rasa tidak senang dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri mengenakan tindakan ke atas The Edge Media Group hari ini.

Nazir yang juga Pengerusi CIMB Group - salah satu rangkaian perbankan terbesar di Malaysia - berpendapat penggantungan permit bukan langkah yang betul untuk diambil.

"Saya mengutuk penggantung (permit akhbar) dan bersimpati dengan kakitangan yang terjejas.


"Laporan 1MDB baru-baru ini kelihatan luar biasa tetapi jika ada kecacatan maka perbetulkan ia atau ambil tindakan undang-undang," kata beliau melalui akaun Instagram hari ini.

Nazir merujuk kepada penggantungan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan mulai 27 Julai ini.



Kata Nazir, The Edge adalah penerbitan penting di kalangan komuniti perniagaan dengan memainkan peranan menyalurkan maklumat secara jujur dan berdaya saing.


Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...