Wednesday, 24 June 2015

Ucapan Yang Menggerunkan Umno BN


Ucapan Yang Menggerunkan Umno BN. Pembangkang masih berfungsi dan teguh di peringkat kerajaan negeri dan Parlimen walaupun Pakatan Rakyat (PR) kini tegang dengan krisis kesepakatan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim dari sebalik tembok penjara.

Bekas ketua pembangkang itu, dalam perutusan melalui peguamnya, berkata tekanan dan ketegangan ini merupakan perkara biasa dalam sesebuah gabungan politik namun tidak bermakna masalah itu tidak boleh diselesaikan.

"Tekanan dan ketegangan seperti yang kita saksikan ini fitrah sebuah gabungan politik yang telus dan demokratik seperti PR. Ia tidak bermakna kita tidak boleh menyelesaikan dan mengatasi masalah yang dihadapi," katanya.

Anwar juga menggesa rakan perjuangannya dalam parti pembangkang dan rakyat terus bergerak dalam perjuangan sehingga mengecapi kemenangan dan Malaysia diselamatkan.

Ucapan Yang Menggerunkan Umno BN


"Yakinlah, saya tidak akan sesekali meninggalkan perjuangan ini selagi nyawa dikandung badan," katanya.

Anwar berkata, beliau percaya selepas ini pembangkang yang disusun semula dengan kekuatan baharu termasuk dengan badan bukan kerajaan (NGO) akan muncul bersatu dan lebih kuat.

Katanya, walaupun masalah timbul kebelakangan ini, niat dan semangat pembangkang dalam perjuangan menyelamatkan Malaysia daripada kepincangan tatakelola dan kuku besi Barisan Nasional (BN) terus utuh.



Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...