Sunday, 28 June 2015

Berita Gempar Hari Ini?


Tengku Adnan Dedah Punca Pemilihan Umno Ditangguhkan. Setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, keputusan penangguhan pemilihan Umno dibuat selepas mendapat pandangan daripada akar umbi parti yang membangkitkan banyak isu yang timbul dalam parti. 

Keputusan penangguhan pemilihan Umno yang diumumkan tidak ada kaitan dengan kemelut syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Setiausaha agung Umno itu berkata, keputusantersebut dibuat selepas mendapat pandangan daripada akar umbi parti yang membangkitkan banyak isu yang timbul dalam parti, namun beliau tidak menjelaskan lanjut mengenainya."Tidak ada, tidak ada.

Tengku Adnan Dedah Punca Pemilihan Umno Ditangguhkan


Ia tidak ada kena mengena dengan apa-apa masalah," kata Tengku Adnan selepas ditanya wartawan sama ada penangguhan itu disebabkan isu 1MDB pada majlis bersama anak yatim di sebuah pusat membeli belah di Setiawangsa, Kuala Lumpur hari ini.

Kemelut 1MDB yang menyelebungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencetuskan kritikan dan perpecahan dalam Umno sendiri, malah Tun Dr Mahathir Mohamad juga lantang mengecam dan membangkitkan mengenai syarikat sarat hutang itu.

"Masalah yang kita tahu ialah, kerana kita sedar ia datang daripada akar umbi, bukan daripada Majlis Tertinggi," katanya.


Iklan B (ii)






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...