Wednesday, 24 June 2015

Satu Lagi Skandal Meletup?


Satu Lagi Skandal Meletup. Bekas ADUN Umno yang menjadi Pengerusi MARA Investment Berhad Datuk Mohammad Lan Allani, Ketua Eksekutifnya Datuk Halim Rahman dan dua ahli perniagaan Melayu telah dinamakan dalam dakwaan penipuan jutaan ringgit hartanah MARA di Melbourne.

Dalam satu laporan eksklusif semalam, akhbar harian Australia, The Age mendakwa bagaimana A$4.75 juta (RM13.7 juta) dalam bentuk sogokan diambil daripada urusniaga hartanah A$22.5 juta (RM65 juta) itu pada tahun 2013 dan kemudian disalurkan balik ke Malaysia.

Penyiasatan selama lapan bulan oleh The Age dilakukan selepas urusniaga perjanjian hartanah yang luar biasa mahalnya itu, telah mengejutkan pasaran.


Siasatan juga dilakukan berikutan peningkatan kebimbangan mengenai dana asing yang mengalir ke dalam pasaran hartanah dan kebimbangan bahawa Australia telah menjadi pusat pengubahan wang haram.

Siasatan itu mengesan aliran wang yang mencurigakan, dokumen mahkamah dan rekod korporat di Australia, Malaysia dan Singapura untuk mendedahkan mengapa hartanah itu, Dudley International House di Melbourne, begitu mahal.


Satu Lagi Skandal Meletup

Siasatan tersebut kemudian mengaitkan urusniaga itu dengan pegawai kerajaan Malaysia yang didakwa sengaja membayar 20 peratus lebih daripada harga yang diminta, dakwa Laporan The Age.

Laporan itu menunjukkan aliran wang tambahan (RM13.7 juta) dibayar oleh pemaju Dudley House bagi perkhidmatan yang didakwanya tidak wujud, termasuk 'nasihat profesional' dan fi 'perundingan dan khidmat nasihat'.

Empat rakyat Malaysia telah dinamakan ekoran penyiasatan tersebut.

Pengerusi MARA Investment adalah bekas ADUN Sulabaya dan bekas bendahari Umno bahagian Semporna.

The Age mendakwa, ia telah menghubungi Mohammad Lan yang berkata tidak dapat ingat urusniaga itu walaupun mengunjungi Melbourne untuk memeriksa hartanah tersebut pada bulan Mei tahun lepas.


Bekas ADUN itu, dakwa akhbar tersebut, mengakui beliau terlibat dalam menubuhkan syarikat-syarikat luar pesisir di kawasan perlindungan cukai sebagai satu cara 'mudah' untuk menjual hartanah yang dibeli oleh kerajaan Malaysia.

Bekas ahli politik itu, bagaimanapun, meletak telefon ketika ditanya mengenai dakwaan sogokan yang dikatakan itu, lapor The Age.

Ahli perniagaan Malaysia Yusof Gani dan Ahmad Azizi pula telah digambarkan sebagai pemaju 'misteri' dan berprofil rendah dalam projek usaha sama pembangunan Dudley House.

Rakan-rakan Australia mereka adalah pemaju Chris Dimitriou dan Peter Mills.



Iklan B (ii)







1 comment:

  1. Di malaysia macam mana? boleh beli dengan harga yang tersangat mahal ... pusing2 juga kot.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...