Wednesday, 24 June 2015

Satu Dunia Kecoh Dengan 1MDB.. Ini Buktinya


Satu Dunia Kecoh Dengan 1MDB.. Ini Buktinya. Polis Thailand menahan seorang bekas eksekutif teknologi maklumat (IT) daripada PetroSaudi International yang membocorkan maklumat berkaitan syarikat bermasalah 1Malaysia Development Bhd.

The Malaysian Insider difahamkan Xavier Justo ditahan di sebuah pulau negara itu semalam dan dihantar ke Bangkok hari ini.

"Xavier Justo ditangkap di rumahnya di Thailand oleh Bahagian Pencegahan Jenayah Polis Diraja Thai semalam dan didakwa cuba memeras ugut serta tuduhan melakukan ugutan terhadap PetroSaudi International.

"Banyak komputer, pemacu cakera keras dan beberapa bahan bukti lain dirampas selepas waran tangkap dikeluarkan dan siasatan ke atas tertuduh sedang dijalankan.

“Sementara itu PetroSaudi International sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang selanjutnya atas pertuduhan lain," kata PetroSaudi dalam satu kenyataan hari ini.

Satu Dunia Kecoh Dengan 1MDB.. Ini Buktinya

Jurucakap PetroSaudi International berkata:"Kami lega kerana Justo kini akan dihadapkan ke mahkamah. Kami kesal menjadi mangsa jenayah yang dipolitikkan di Malaysia.”


"Kami gembira, akhirnya bukti sudah ada dan kami memohon maaf kepada rakyat Malaysia akibat kesalahan yang dilakukaj salah seorang bekas pekerja kami sehingga menyebabkan masalah kepada negara itu," katanya.

Laman pemberi maklumat Sarawak Report awal bulan lalu mendakwa perjanjian usaha sama 1MDB-PetroSaudi dimulakan ahli perniagaan Low Taek Jho dan pasukannya pada 8 September, 2009 iaitu hampir sebulan sebelum perjanjian itu ditandatangani.

Ahli Parlimen DAP Tony Pua berkata PetroSaudi International juga mewujudkan anak syarikat, 1MDB-PetroSaudi pada 18 September tahun sama, 10 hari sebelum anak syarikatnya menerima AS$1 bilion daripada 1MDB.

Empat hari kemudian, pada 29 September, 1MDB membeli 40% saham baharu dalam 1MDB-PetroSaudi dan menyuntik RM1 bilion dalam bentuk wang tunai.

Keesokannya, sejumlah AS$700 juta dibawa keluar daripada 1MDB-PetroSaudi dan diberikan kepada PetroSaudi International.



Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...