Wednesday, 17 June 2015

Tak Terduga.. Berita Mengejutkan Hari Ini


Rupanya Tabung Haji Belum Jual Pun. Lembaga Tabung Haji masih belum memuktamadkan penjualan tanah di projek Tun Razak Exchange (TRX) yang dibelinya daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada April, kata Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, Tabung Haji kini masih lagi sedang menilai calon pembeli, walaupun pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sejak awal Mei lagi berkata, jualan tersebut akan lengkap dalam masa “seminggu dua”.

“Tabung Haji masih menilai semua tawaran yang ada dalam usaha membuat keputusan terbaik, supaya seluruh prosesnya bertepatan dengan syariah,” Jamil memberitahu Dewan Rakyat semalam, menjawab soalan dari Tony Pua (DAP—Petaling Jaya Utara).

Beliau tidak memberi jangka masa yang spesifik bila jualan tersebut akan diselesaikan.“Kami perlu menyeluruh dan teliti dalam urus niaga ini, ia melibatkan kepentingan umat Islam, jadi penting bagi kami untuk menjaga kebajikan mereka,” katanya.

Pua kemudiannya berkata kelewatan tersebut merupakan tanda yang Tabung Haji sedang menghadapi kesukaran dalam menjual tanah tersebut.

Rupanya Tabung Haji Belum Jual Pun


“Respons daripada menteri jelas satu alasan untuk menutup hakikat yang Tabung Haji menghadapi kesukaran meyakinkan mana-mana pihak untuk membeli tanah tersebut pada harga yang lebih tinggi daripada apa yang dibayarnya,” kata ahli Parlimen itu.

Pua berkata proses untuk menentukan tawaran bagi sebidang tanah tidak sepatutnya mengambil masa enam minggu, dan memberi amaran yang kegagalan untuk melengkapkan urus niaga tersebut hanya akan membuktikan yang tiada pihak berminat untuk membeli tanah itu.

Tabung Haji membeli tanah tersebut bertujuan memajukan satu bangunan kediaman, pada harga RM188 juta, 43 kali ganda harga yang dibayar syarikat sarat hutang 1MDB ketika membeli tanah itu daripada kerajaan persekutuan 4 tahun lalu.

Sedar akan tentangan dan sensitiviti pendeposit tentang pembelian tersebut, Tabung Haji pantas berjanji menjual tanah tersebut dengan untung segera selepas membelinya, mengatakan sudah pun ada pembeli yang berminat, membuktikan yang tanah tersebut bernilai dan merupakan pelaburan yang menguntungkan.

Azeez berkata, keputusan menjual tanah tersebut dibuat mengikut nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi lembaga penasihat 1MDB.



Iklan B (ii)







4 comments:

  1. KLu da pengerusi pun eeeeee...

    APO lagi nk dikata...

    ReplyDelete
  2. Kalau dah kumplan penipu, perompak, lanun, ginilah gayanya ....... mesti pandai menipu, klu x, tidak boleh VVIP

    ReplyDelete
  3. Jika lokasi tanah itu boleh diubah ke tengah2 bandaraya New York sekalipun, belum tentu boleh terjual dgn harga modal belian Tabung Haji itu.

    ReplyDelete
  4. semua penipu .... dalam parlimen tipu, dah terbongkar semua pon masih Tipu. awat, rakyat Malaysia ni bodoh sangat ke, asyik kena tipu jew....

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...