Thursday, 18 June 2015

Rupanya Kapal Tangki Yang Hilang Telah Dijumpai


Rupanya Kapal Tangki Yang Hilang Telah Dijumpai. Kapal tangki MT Orkim Harmony yang dilaporkan hilang di perairan Selat Melaka dikesan di perairan Kemboja, menurut panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) seperti dilaporkan Bernama.

Laporan itu juga memetik TLDM sebagai berkata kapal itu dicat semula dengan nama baharu.

Sebelum ini, pihak berkuasa percaya Orkim Harmony (gambar), yang membawa 6,000 tan metrik muatan petrol RON95 dianggarkan bernilai RM21 juta, dirompak oleh lanun.


Kapal MT Orkim Harmony sedang dalam pelayaran dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan apabila ia dilaporkan hilang.

Kapal tangki yang berdaftar di Malaysia itu membawa 22 orang kru dengan 16 daripadanya adalah warga Malaysia, lima rakyat Indonesia dan seorang warga Myanmar.


Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...