Friday, 26 June 2015

Pengumuman Mengejutkan Dari BN


Pengumuman Mengejutkan Dari BN. Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel dikatakan akan membuat pengumuman mengejut hari ini berhubung pemilihan semula parti komponen Barisan Nasional (BN) itu dalam satu majlis dihadiri pemimpin parti yang menyokongnya, kata sumber kepada Utusan Malaysia.

Palanivel akan mengadakan mesyuarat di Hotel Pullman, Putrajaya pada 4 petang hari ini dengan memanggil Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang dipilih pada 2009 untuk membincangkan pemilihan parti bagi mengakhiri kemelut dalaman yang berlanjutan lebih 2 tahun.

Bagaimanapun, sumber tersebut memberitahu Utusan Malaysia, sebanyak 15 ahli yang digantung Palanivel termasuk timbalannya Datuk Seri S. Subramaniam dan naib presiden Datuk M. Saravanan, tidak akan terlibat dalam mesyuarat tersebut.

"Palanivel masih presiden MIC yang sah, tidak perlu ada apa-apa kekeliruan berhubung status beliau, malah Najib sendiri masih menghormati beliau selaku pemimpin nombor satu parti ini.

"Beliau akan menetapkan tarikh bagi pemilihan semula parti yang dijangka dalam masa terdekat seperti yang diminta Pendaftar Pertubuhan (RoS).



Pengumuman Mengejutkan Dari BN

“Apa yang pasti, kali ini kita sudah ada jalan penyelesaian muktamad. Semoga pihak di 'sebelah sana' akur demi masa depan parti. Cukuplah dengan pertelingkahan selama ini, siapa yang menang boleh menerajui MIC," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.
Sumber itu turut menambah, perjumpaan tertutup Palanivel bersama Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan pengerusi BN berjalan dengan baik.

"Palanivel menjelaskan isu sebenar berhubung ucapan beliau pada perjumpaan khas Sabtu lepas.

"Jawapan Palanivel diterima oleh Najib yang menasihati beliau untuk mengadakan pemilihan semula parti secepat mungkin bagi mengelakkan kemelut ini terus berpanjangan berikutan sokongan dalam kalangan ahli dan masyarakat India semakin merosot," katanya.

Menurut Utusan Malaysia, minggu lalu, Subramaniam dalam satu mesyuarat CWC pula mengumumkan akan mengadakan pemilihan semula bagi semua jawatan daripada peringkat cawangan sehingga jawatan presiden, bermula bulan depan sehingga akhir Oktober ini.

Jika ini berlaku, MIC akan ada dua pemilihan parti yang dijalankan kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu. 



Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...