Thursday, 4 June 2015

Najib Buat Kejutan


Pendedahan Najib Bakal Menggemparkan Dunia? Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) SukaGuam memberi peluang kepada Datuk Seri Najib Razak menjawab soalan daripada NGO lain dan kumpulan masyarakat sivil, termasuk mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada satu platform minggu ini, lapor Malaysiakini.

Pengerusi SukaGuam Khairul Anwar Rahmat pada sidang akhbar hari ini dilaporkan berkata, Najib mengesahkan kehadirannya pada sesi forum selama dua jam bertajuk "Tiada apa yang perlu disembunyikan," berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra pagi Jumaat ini.

Pendedahan Najib Bakal Menggemparkan Dunia? Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga dijemput hadir tetapi tidak dapat dipastikan sama ada beliau akan hadir atau tidak. "Kami mahu dialog ini menjadi platform yang berkesan kerana SukaGuam merupakan NGO berasaskan undang-undang.

"Di mahkamah, terdapat keterangan dikemukakan dan pihak yang yang satu lagi selalunya diberi peluang menentang hujah tersebut," Khairul dipetik berkata.




Iklan B (ii)







4 comments:

  1. kalau Tun datang Najib akan kelu seriibu bahasa...terkencing harus jadinye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. majlis belum diadakan lagi tunggu jumaat ini ..............

      Delete
  2. Jawapan standard..tunggu laporan Audit dan PAC kerana sebarang kenyataan boleh menganggu tugas mereka...

    Jika itu jawapannya, lebih baik buat ceramah dalam kelambu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..........

      Delete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...