Monday, 29 June 2015

Berita Ini Tidak Melegakan BN?


Tidak ada sebarang tindakan memusnahkan dokumen di pejabat The Edge bagi menghapuskan bukti yang berkaitan dengan dakwaan emel palsu seperti yang dikatakan dalam sebuah posting Facebook, kata jurucakap syarikat penerbitan itu hari ini."Pejabat dan kakitangan yang ditunjukkan di dalam gambar itu bukan pejabat kami atau kakitangan kami pun," katanya. 

"Mereka di belakang semua ini perlu jadi matang."Sebuah laman Facebook bernama Agenda Kaki Spin mengeluarkan gambar berserta tulisan berbunyi: "Khabar angin mengatakan kelihatan pekerja The Edge Malaysia tengah memusnahkan dokumen yang berkaitan dengan pemalsuan dokumen berasal dari Sarawak Report.

"Kenapa mereka tiba-tiba menutup bahagian The Edge Review dengan alasan penstrukturan organisasi? Adakah mereka ingin menyembunyikan sesuatu?"Edge Review merupakan majalah mingguan digital di bawah terbitan The Edge yang disahkan jurucakap itu kini diberhentikan selepas beroperasi selama dua tahun.


"Kami tiada apa yang hendak disembunyikan dan seperti yang kami katakan dalam terbitan mingguan terbaru The Edge Malaysia, kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa yang menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan akan menyerahkan sebarang dokumen yang kami ada, termasuk bahan yang kami belum pernah laporkan mengenainya sebelum ini," kata jurucakap itu.

"Kami tiada apa yang hendak dirisaukan tetapi pihak lain mungkin ada yang perlu dibimbangkan, dan itulah sebabnya di sebalik kempen untuk mencemar nama kami ini."Mereka bimbang dengan apa yang akan kami terbitkan selepas ini," katanya.  



Iklan B (ii)





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...