Sunday, 14 June 2015

PAS Terkedu Dengan Berita Ini?


PAS Terkedu Dengan Berita Ini? Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) berpandangan, satu parti baharu perlu ditubuhkan menggantikan Pakatan Rakyat (PR) selepas gabungan itu dilihat tidak bersedia untuk berdepan pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, dengan hasrat PAS yang tidak mahu menjalinkan hubungan dengan DAP dan kenyataan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang mendakwa PR bersedia untuk dikebumikan, maka pakatan itu dilihat sudah terbubar.

"Kita mengambil pendirian yang sebuah pakatan baharu perlu ditubuhkan dengan suatu persetujuan yang lebih mantap membaiki lagi pakatan yang lepas yang tidak mempunyai struktur, tetapi sekadar satu persefahaman.


 "Kita mencadangkan PR baru yang akan diketuai DAP, PKR dan parti baharu yang akan ditubuhkan ini hendaklah mempunyai struktur dan ditubuhkan dan mempunyai struktur kepimpinan yang tetap," katanya pada satu sidang media di Shah Alam hari ini.

Phahrolrazi berkata usaha berkenaan digerakkan kerana PasMa mahu memastikan PR terus kukuh selepas majoriti pengundi menolak Barisan Nasional (BN).

PAS Terkedu Dengan Berita Ini?

Katanya, PR sudah tidak boleh diselamatkan selepas Lim melontarkan pandangan tersebut dan PAS dipimpin mereka yang lantang mengkritik PR.


“Pasma belum setahun ditubuhkan, tetapi begitu mendapat perhatian sekali kerana menjadi satu NGO yang secara tegas dan jelas menyokong PR. 

“Selepas semua negeri dan pimpinan diberi peluang untuk berbahas, maka PasMa hari ini mengambil keputusan sebuah parti politik baharu perlu ditubuhkan dan peranan PasMa dalam parti politik ini mengambil kesinambungan PAS dalam komponen PR, sebagaimana persetujuan sebelum krisis,” katanya.


Beliau berkata parti baharu itu kelak tetap akan menjunjung prinsip yang pernah dipersetujui PAS seperti memelihara hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan agama Islam, hak sama rata semua rakyat, hak memilih agama dan persetujuan yang dinyatakan dalam Buku Jingga.

Katanya, jawatankuasa penaja akan bermesyuarat selepas Aidilfitri ini bagi menentukan hala tuju parti baharu dan menetapkan pimpinan organisasi.

“Pasma akan terus kekal sebagai NGO dan tidak bertukar sebagai parti politik dengan peranan terdahulu.


“Tetapi kali ini menambah tugas bersedia dengan NGO lain yang pro PR dan pimpinan kumpulan progresif yang pemilihan lepas tidak berada dalam pimpinan menaja penubuhan parti baharu yang akan mengambil tempat PAS dalam PR baru,” katanya.

Iklan B (ii)







1 comment:

  1. kALAU BEGINI GAYA NYA....NAMPAK NYA UMNO AKAN TERUS BERKUASA SEHINGGA AKHIR ZAMAN.....

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...