Tuesday, 9 June 2015

PAS Buat U Turn?


PAS Buat U Turn? Bekas ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata parti itu berada dalam keadaan sukar sekiranya mahu membuat pusingan U terhadap keputusannya sebelum ini yang mahu membatalkan tahaluf siyasi dengan DAP.

Katanya, jika PAS menarik kembali keputusan tersebut, secara tidak langsung ia memberikan persepsi tidak baik kepada penyokong mereka yang akan melihat kepimpinan hanya mengutamakan kedudukan dan jawatan.

"Saya tidak fikir bagaimana Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama boleh berpatah balik setelah mereka menerima usul tersebut dalam Muktamar.


PAS Buat U Turn?

"Kalau berpatah balik, imej PAS pada penyokong akan rosak, seolah-olah mereka akan lihat, apa ini? Sekejap kata nak putus, sekejap tak jadi putus.


"Jadi, persepsi orang akan lihat PAS ini mungkin lebih utamakan kedudukan, jawatan. Itu akan memburukkan sokongan terhadap PAS," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.


Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP masih belum muktamad.

Mahfuz berkata, keputusan itu sebenarnya hanya menunggu untuk dirujukkan kepada Majlis Syura saja kerana sebahagian ahli Dewan Ulama terdiri daripada kepimpinan majlis itu.


Iklan B (ii)







2 comments:

  1. HORE HORE HORE TAK PAYAH BUAT U TURN PAS DAH KUAT SEKARANG TAK PAYAH NAK BINCANG BINCANG LAGI BERTANDING DISEMUA KERUSI GARENTI MENANG HORE HORE PAS SUDAH KUAT.

    ReplyDelete
  2. PAS tidak perlu langsung buat u-turn, cuma cari kaedah untuk buat air turn back.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...