Thursday, 11 June 2015

PAC Dedah Rahsia Anak Najib Dalam Audit 1MDB


PAC Dedah Rahsia Anak Najib Dalam Audit 1MDB. Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati tiada pengaruh politik yang membabitkan peranan anak lelaki perdana menteri, Mohd Nizar Najib dalam syarikat Deloitte & Co, firma audit bagi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, anak lelaki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bekerja dalam bahagian perkhidmatan kewangan syarikat antarabangsa itu.

Deloitte sebuah firma audit antarabangsa, dipanggil PAC dalam sebahagian daripada siasatan syarikat sarat hutang itu dan Nizar sudah bekerja sejak 2004.


"Beliau bukan berada dalam bahagian audit, tetapi berada dalam perkhidmatan kewangan. Beliau tidak terlibat dalam audit 1MDB. Tidak ada campur tangan politik," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli sebelum ini mempersoalkan peranan anak perdana menteri itu dalam Deloitte, menyatakan wujud konflik kepentingan berdasarkan pertalian Nizar dengan 1MDB.


PAC Dedah Rahsia Anak Najib Dalam Audit 1MDB

"Deloitte sepatutnya lebih berhati-hati, timbul isu konflik kepentingan di sini, atau sekurang-kurangnya persepsi ke arah itu.

"Mereka mungkin tahu siapa Nizar. Bagaimana mereka bersetuju untuk menguruskan akaun 1MDB?" soal ahli Parlimen Pandan itu yang dipetik portal Malay Mail Online.

Deloitte merupakan firma audit yang ketiga dilantik sejak tahun 2009 untuk mengaudit syarikat yang sarat dibebani hutang itu.


Penubuhan 1MDB diilhamkan Najib yang juga bertindak sebagai pengerusi lembaga penasihatnya.

Nur Jazlan berkata, PAC akan memanggil pengurusan firma audit Deloitte yang terdahulu dan KPMG pada minggu depan.


Katanya, PAC juga dijangka memanggil semula presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan bekas ketua pegawai eksekutifnya Datuk Shahrul Azral Ibrahim Halmi pada Ogos, selepas kedua mereka meminta pendengaran yang dijadualkan dua minggu lalu ditangguhkan.



Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...