Wednesday, 17 June 2015

Najib Pasti Terkedu Dengan Berita Ini?


Najib Pasti Terkedu Dengan Berita Ini? Adik kepada perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak kini dalam usaha menubuhkan sebuah parti baharu melibatkan semua kaum, lapor portal berita Asia Sentinel.

Menurut laporan itu, pengerusi CIMB Group itu giat bertemu beberapa tokoh perniagaan di United Kingdom dan Kuala Lumpur bagi membincangkan rancangan itu dalam usaha menamatkan "politik perkauman yang memecah belah".

“Nazir dikatakan bertemu golongan sederhana termasuk pemimpin Cina dalam kempen tersebut, bagi merangka parti baharu, yang sekiranya berjaya boleh melakarkan semula lanskap politik negara dan mengubah susunan parti yang dibuat ketika penjajah British menyerahkan semula Malaysia kepada orang tempatan pada 1957," kata laporan itu.

Ia mendakwa adik kepada Datuk Seri Najib Razak itu turut menemui Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Keserhanaan Global (GMM), Datuk Saifuddin Abdullah supaya beliau mengetuai parti yang akan ditubuhkan itu.

“Sahabat Nazir menasihatkan tentang perlunya beliau muncul sebagai penggerak utama atau ia akan gagal," kata laporan itu, dan menambah walaupun Saifuddin dihormati kerana pendirian sederhananya, pengaruhnya belum cukup besar bagi mendapatkan sokongan.


Najib Pasti Terkedu Dengan Berita Ini? 

Laporan Asia Sentinel itu muncul ketika retaknya Pakatan Rakyat (PR) berikutan pertelingkahan PAS dan DAP.

DAP semalam mengumumkan gabungan pembangkang itu sudah tidak wujud selepas muktamar PAS meluluskan resolusi memutuskan hubungan dengannya.

“Berakhirnya gabungan Pakatan Rakyat pada 16 Mei membuka pentas baharu dalam menyusun semula garis politik, di mana parti fundamentalis PAS mahu mengadakan kerjasama dengan Umno berdasarkan teori kedua-duanya boleh mengaut undi 60.1% penduduk Melayu dan mengekalkan dominasi politik Melayu.

“Senario itu boleh menyebabkan golongan moderat dan kaum minoriti lain yang kini bersama Umno, iaitu MCA dan MIC, mencari wadah politik yang lebih berdaya maju," kata laporan itu.

Nazir kebelakangan ini dilihat mengkritik dasar Putrajaya, khususnya dalam menangani kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang menurut Asia Sentinel Nazir merupakan orang yang layak melakukan demikian.

Ia menambah, tidak seperti mereka yang baru berjinak-jinak menyertai politik, Nazir dan rakan-rakannya mampu mendapatkan dana bagi tujuan mereka.



Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...