Monday, 29 June 2015

Najib Betul-Betul Memalukan.. Saksikanlah


Najib Betul-Betul Memalukan.. Saksikanlah. Tindakan Datuk Seri Najib Razak berkata wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disalurkan untuk pembinaan masjid seperti merendahkan pemikiran orang Melayu, kata bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin.

Zainuddin yang juga bekas wartawan mengkritik perhitungan yang dibuat perdana menteri yang dianggapnya tidak logik, iaitu antaranya wang 1MDB digunakan untuk membina Masjid Jamek Kampung Baru.

"Saya lihat yang sedihnya Najib ini terlalu cerdik tapi kadang-kadang perhitungannya tidak logik. "Seperti pergi cerita bagi wang 1MDB kepada masjid, bukankah itu merendahkan taraf pemikiran orang Melayu dan orang ramai?," kata Zainuddin kepada The Malaysian Insider.

Kritikan Zainuddin tersebut merujuk kepada kenyataan Najib pada Jumaat baru-baru ini mengatakan 1MDB banyak berjasa untuk pembangunan Islam.

Najib Betul-Betul Memalukan.. Saksikanlah


Najib memberikan contoh pembangunan semula masjid itu, yang menelan belanja sebanyak RM20 juta adalah sebahagian daripada sumbangan syarikat itu melalui Yayasan 1MDB.

Zainuddin berkata, tindakan Najib itu dilihat seperti cuba menutup dosanya dalam syarikat bermasalah sarat hutang 1MDB."Kenapa kamu hendak tutup dosa sendiri dengan 1MDB itu dengan kata duit diberikan kepada masjid.

"Kamu hina orang ramai bila kata macam itu, kamu seolah-olah nak bersihkan dosa," katanya.Katanya, perdana menteri jangan ingat rakyat semua bodoh dengan alasan yang diberinya semata-mata untuk membela syarikat tersebut.

"Jangan ingat orang ramai bodoh semua," katanya yang juga bekas ketua pengarang Utusan Malaysia.



Iklan B (ii)





1 comment:

  1. Najib jd lebih tapi untung kerana PAS pun lemah sebab : PAS hilang identiti sebagai parti yang berasaskan Islam apabila membiarkan "budaya kempen kotor dan penuh fitnah" dalam pemilihan parti ...
    MEMBANGUN BERSAMA KEPIMPINAN CAI yg penuh dgn akhlak membarua, mentolol dan menjebonkan orang lain. Saya menyeru ahli PAS lepas lah jawatan anda dlm sebarang post dengan DAP di Pulau Pinang dan Selangor sebagai bukti masih bermaruah dan bertelur demi memenuhi kehendak dewan ulama/muktamar.

    Duvid ka maruah ka

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...