Saturday, 13 June 2015

Menteri Warning Tengku Mahkota Johor


Menteri Warning Tengku Mahkota Johor. Seorang menteri Kabinet menyelar Putera Mahkota Johor kerana kritikan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tidak muncul ke forum “Nothing to Hide” minggu lepas.

The Star Online melaporkan yang Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya "jangan masuk campur politik” jika tidak, akan “dibelasah".

Nazri yang berucap pada sidang media selepas program di Universiti Malaya hari ini, merujuk kepada tulisan Tunku Ismail di laman Facebook Johor Southern Tigers di mana beliau mengatakan: “Macam mana boleh adakan dialog dipanggil Nothing2Hide yang menampilkan seorang yang banyak perlu disembunyikan? Memanglah dia tak akan muncul.”


Nazri hari ini berkata, “Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan whack (belasah secara lisan) dia,” menurut The Star Online.

Menteri Warning Tengku Mahkota Johor

“Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang (justeru tidak sepatutnya campur tangan dalam politik). Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik.


"Jika kamu memegang jawatan penting sebagai keluarga diraja di negeri dan kamu mula mengulas (politik)... kalau kerajaan 'belasah' kamu balik, jangan marah." Nazri dilaporkan berkata.

Tulisan Tunku Ismail juga mengatakan mereka yang diamanahkan dengan tanggungjawab tidak patut menyalahkan rakyat kerana kehilangan kepercayaan umum.


“Mereka yang diamanahkan dengan tanggungjawab, jangan salahkan rakyat kerana hilang kepercayaan denganmu, tetapi fikirkan mengapa mereka tidak percayakan kamu lagi.”

Sistem raja berperlembagaan Malaysia jarang menyaksikan ahli kerabat dirajanya memberi komen secara langsung terhadap ahli politik.
Komen Tunku Ismail di Facebook dibuat pada 5 Jun, hari yang sama apabila Najib tidak muncul di forum yang dihadiri kira-kira 1,000, selepas pihak polis mengarahkan ia dibatalkan kerana ancaman keselamatan.


Dialog tentang syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu dianjurkan badan bukan kerajaan, SukaGuam, dan Najib sepatutnya menjawab soalan.

Dialog tersebut diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), bangunan sama dengan ibu pejabat Umno, dan tindakan polis untuk membatalkannya kerana ancaman keselamatan menerima kritikan kerana Najib sebelum ini datang untuk berjumpa dengan berpuluh ribu hadirin tanpa masalah.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bagaimanapun, menghadiri forum tersebut dan menaiki pentas untuk berucap sebelum dihentikan polis.



Iklan B (ii)







1 comment:

  1. Askm.kalau royal bersuara pon dia nak kena belasah apalagi rakyat biasa...syabas TMJ..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...