Thursday, 11 June 2015

Menteri Dedah Komplot Jatuhkan Muhyiddin?


Menteri Dedah Komplot Jatuhkan Muhyiddin? Tiga Menteri Kabinet menafikan wujud komplot untuk menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti didakwa penulis blog, Shabudin Husin. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau tidak mahu melayan konspirasi itu.

“Saya tidak fikir mahu melayan konspirasi itu” katanya kepada pemberita ketika di Parlimen pada Rabu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim pula menganggap dakwaan itu sebagai pembohongan.


“Bohong. Itu tidak benar,” katanya ringkas.Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menjawab secara sinis apabila diajukan pertanyaan itu.


Menteri Dedah Komplot Jatuhkan Muhyiddin? 

“Saya tidak tahu, saya bukan Perdana Menteri. Saya tidak mendengar apa-apa mengenainya‎,” katanya.

Shabudin, bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju dalam blognya mendakwa Muhyiddin akan digantikan dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.


Dakwanya, Hishammuddin pula akan menjadi Menteri Kewangan manakala Tan Sri Annuar Musa akan dibawa masuk ke Kabinet baharu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.



Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...