Saturday, 27 June 2015

Tanpa Disangka-Sangka.. Mahathir Bersikap Begini


Mahathir U Turn.. Sokong Pembangkang? Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak meletakkan kepercayaan tinggi kepada fungsi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) dan Jabatan Audit Negara boleh membongkar dan menyelesaikan kemelut syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dr Mahathir berkata, audit tidak boleh membongkar segala kesalahan kerana hanya bergantung kepada akaun yang boleh dimanipulasi.

Katanya, PAC pula bersifat berat sebelah kerana salah seorang ahlinya, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua cenderung kepada pembangkang manakala yang lain memihak kepada Umno.

"Tony Pua dia berat sebelah. Tapi yang lain-lain pun berat sebelah kepada Umno. Jadi kita kira semua berat sebelah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) di Kuala Lumpur, hari ini.

Sehubungan itu, katanya lebih baik tidak perlu diadakan pendengaran PAC dan audit, dan Umno serta perdana menteri Datuk Seri Najib Razak boleh terus bertahan sehingga pilihan raya.

Mahathir U Turn.. Sokong Pembangkang?

"Jadi tak perlu adalah, dan kita (Umno) boleh tahan sampai pilihan raya," katanya.


Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hari ini juga menyarankan Pua berundur daripada PAC kerana sering mengkritik 1MDB, sekali gus membolehkan siasatan berhubung syarikat beban hutang RM42 bilion itu dapat dijalankan dengan telus dan adil.

Shafee dilaporkan berkata, Pua dan ahli PAC yang rancak mengkritik syarikat berkenaan lebih sesuai menjadi saksi kepada inkuiri daripada menjadi pihak yang mengadili dan menyiasat kes berkenaan.
Katanya, tindakan itu penting bagi memberi keadilan kepada 1MDB tanpa pandangan prejudis mana-mana pihak.

"Saya perhatikan, Pua selaku ahli PAC terlalu banyak mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan siasatan terhadap syarikat berkenaan.

Oleh itu, saya mencadangkan beliau menarik diri daripada menganggotai PAC bagi mengembalikan keyakinan awam inkuiri berhubung syarikat itu dijalankan dengan adil dan telus," katanya.

Beliau berkata, gesaan itu dibuat kerana merasakan dirinya selaku peguam dan pendukung keadilan serta hak asasi manusia tidak mahu PAC dilihat tidak adil kepada 1MDB kerana kes itu mendapat perhatian umum.

PAC mempunyai 14 ahli, 9 daripada Barisan Nasional dan 5 pembangkang, diketuai Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed.



Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...