Tuesday, 23 June 2015

Keputusan Mahkamah Ini Tamparan Buat BN


Keputusan Mahkamah Ini Tamparan Buat BN. Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memulangkan semula rampasan cakera padat (CD) yang mengandungi kalimah Allah milik seorang wanita Melanau dari Sarawak, Jill Ireland.

Bagaimanapun, mahkamah enggan membuat keputusan sama ada Ireland, seorang kerani, mempunyai hak menggunakan perkataan Arab itu merujuk kepada “Tuhan” dalam amalan keagamaannya.

Hakim Tengku Maimun Tuan Mat yang menyampaikan keputusan sebulat suara itu berkata, semua 8 CD berkenaan perlu dipulangkan kepada Ireland dalam tempoh sebulan bermula hari ini.

Katanya, rampasan bahan itu tidak dilakukan mengikut Seksyen 9 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Keputusan Mahkamah Ini Tamparan Buat BN


Hakim juga memerintahkan hak perlembagaan Ireland mengikut Artikel 8 dan 11 Perlembagaan Persekutuan diputuskan hakim lain di Mahkamah Tinggi.

Artikel 8 ialah berhubung kesaksamaan semua individu dalam undang-undang sementara Artikel 11 ialah kebebasan mengamalkan agama masing-masing.

Putrajaya merampas CD berkenaan daripada Ireland di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), Sepang pada 2008.

Wanita Sarawak itu berkata, CD itu dibawa masuk ke Malaysia untuk kegunaan peribadi.


Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...