Monday, 22 June 2015

Masih Ada Sinar Buat Pakatan Rakyat.. Ini Caranya


Ini Talian Hayat PAS Untuk Bersama Pakatan Rakyat. Talian hayat Pakatan Rakyat (PR) boleh disambung semula jika Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia sekali lagi memegang kepada prinsip Buku Jingga dan agenda Negara Berkebajikan yang dibawa gabungan itu sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, kata Prof Mohamed Mustafa Ishak.

Ketua Kluster Politik Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) itu berkata, presiden PAS itu perlu membatalkan hasratnya membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993.

Sekali gus, beliau harus mengetepikan agenda perjuangan PAS dan kembali kepada keadaan sebelum kerajaan Kelantan meluluskan pindaan kepada kanun itu.

"Ini bermakna, tiada hudud dan tiada agenda undang-undang syariah Islam yang PAS boleh ketengahkan dalam PR," katanya dalam ruangan rencana akhbar Utusan Malaysia, hari ini.

Mustafa berkata, PAS tidak boleh meneruskan hasratnya membawa rang-rang undang-undang persendirian itu kerana ia merupakan perbezaan utama yang membelenggu hubungan politik antara PAS dan DAP.


Katanya, PAS kini menghadapi pilihan sukar, sama ada memilih agenda Islam atau “survival” bersama PR kerana PKR juga pastinya akan memberikan tekanan sama ke atas parti Islam itu demi Selangor dan Putrajaya.

"Tepuk dada tanyalah iman. Jika PAS terus memilih agenda Islam, maka DAP kelihatannya sudah mempunyai pilihan baru untuk menyambung nyawa PR.

Ini Talian Hayat PAS Untuk Bersama Pakatan Rakyat

"PasMa sedia menanti untuk disunting menjadi galang ganti PAS dalam sebuah pakatan baharu yang akan dibentuk jika PAS terpaksa meninggalkan PR," katanya.

Mustafa berkata, itu harga yang perlu dibayar oleh PAS jika ingin teruskan dengan agenda Islam mereka.

Katanya, DAP seharusnya memberikan “ultimatum” kepada PAS apabila parti demokratik itu mengisytiharkan PR berakhir.

DAP juga katanya, mahu memastikan PAS mengikut kehendaknya jika ingin kekal bersama PR, memandangkan parti sekular itu mempunyai kuasa tawar-menawar yang lebih baik dan jumlah kerusi Parlimen yang lebih banyak (38) berbanding PKR (30) dan PAS (21).

"Pilih PR atau keluar daripadanya dan teruskan agenda Islam di luar PR. Tidak sukar meramalkan apa yang akan berlaku selepas ini walau apa juga pilihan yang diambil PAS," katanya.

Hadi sebelum ini menepis dakwaan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, mengatakan PR masih belum berkubur kerana masih ada kerjasama antara PAS dan PKR.

Katanya, PR ditubuhkan atas dasar kesepakatan 3 parti dan apa sahaja keputusan perlu dicapai secara bersama, bukannya secara bersendirian. 


Iklan B (ii)







2 comments:

  1. Aku harap saf terbaru PAS akan terus teguh dan kukuh sambil bersihkan najis2 lama. Aku percaya PAS akan lebih kuat dan hebat dari UMNO menjelang PRU14 nanti.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...