Monday, 15 June 2015

DAP Bagi Kejutan Lagi..


DAP Bagi Kejutan Lagi. Kemelut DAP-PAS semakin meruncing apabila Setiausaha PAS Pulau Pinang yang berkhidmat sebagai Pegawai Penerangan gred S41 dalam kerajaan negeri diberhentikan kerja, berkuatkuasa Jumaat lepas.

Notis bertarikh 12 Jun dari Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri itu dihantar dengan tangan kepada Mohd Fadzil Kemi yang memegang jawatan sebagai Pegawai Penerangan kepada Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus yang mengesahkan notis tersebut berkata beliau yakin notis itu diterima Mohd Fadzil pada Jumaat lepas kerana dihantar dengan tangan.


"Notis pemberhentian perkhidmatan itu berkuat kuasa pada 12 Jun 2015 dengan bayaran satu bulan gaji menggantikan notis selaras dengan fasal 9, perjanjian kontrak dihantar kepada Mohd Fadzil," katanya kepada Bernama  ketika dihubungi hari ini.

Katanya, dalam tempoh perjanjian kontrak setahun yang ditandatangani pada 12 Disember tahun lepas, mana-mana pihak boleh menghentikan kontrak tersebut tanpa sebarang alasan.


DAP Bagi Kejutan Lagi

Sementara itu usaha untuk mendapat maklum balas daripada Mohd Fadzil yang juga merupakan ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang, gagal kerana beliau tidak dapat dihubungi.

Semalam, Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam satu kenyataan mendesak kepimpinan baharu PAS untuk mengarahkan wakil- wakilnya untuk mengundur diri.


Beliau berkata adalah tidak logik kepimpinan baharu PAS masih cuba berbelit-belit yang mereka masih membincangkan usul memutuskan hubungan dengan DAP, bila usul itu "diterima" tanpa bahas dan "bukan dirujuk" oleh Muktamar PAS.

Lim berkata tiga wakil PAS dalam kerajaan PAS, iaitu Mohamad Sabu, Ustaz Mujahid Yusof Rawa dan Ustaz Rosidi Hussain  meletakkan semua jawatan mereka dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.


Kemelut DAP-PAS berlaku selepas Dewan Ulama PAS sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan hubungan  dengan DAP dalam  Muktamar Tahunan PAS ke-61 tanpa bahas, namun akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik  dalam pakatan pembangkang.




Iklan B (ii)







3 comments:

  1. Dah makin berbelit jadinya

    ReplyDelete
  2. dah makin berbelit nampaknya.

    ReplyDelete
  3. bukan jawatan yg dingini tapi ............

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...