Wednesday, 1 July 2015

Sudah Dijangka.. Berita Gempar Hari Ini


Bongkar!! Lagi Projek Terlebih Bayar MARA? Majlis Amanah Rakyat (Mara) didakwa terlebih bayar RM27 juta untuk satu lagi hartanah Australia, kata National Oversight and Whistleblowers (NOW) hari ini.

Pendedahan ini timbul seminggu selepas akhbar Australia The Age mendakwa Mara terlebih bayar RM14 juta di atas harga pasaran untuk The Dudley International House bertujuan membolehkan bayaran sogokan dibuat kepada pegawai kanan.

Pengarah NOW merangkap Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, berdasarkan dokumen yang diperoleh badan pemantau pemberi maklumat itu, Mara Inc membayar A$31 juta untuk 333 Exhibition Street pada Mac 2013, 6 bulan selepas sebuah syarikat yang tidak dikenali membeli hartanah sama pada harga A$22 juta pada Oktober 2012.

 "Siapakah yang membeli hartanah ini dan membuat keuntungan tambahan A$9 juta?" tanya Rafizi pada sidang media hari ini.

"Ini membuktikan kaedah ini sama dengan pembelian Dudley, dengan Mara membayar harga jauh lebih tinggi daripada pasaran," katanya.

Bongkar!! Lagi Projek Terlebih Bayar MARA?

Syarikat hartanah Quintessential Equity membeli hartanah itu pada 2011 dengan harga hanya A$17.5 juta sebelum melakukan kerja penaiktarafan dan menjualnya pada Oktober 2012 dengan harga A$22 juta kepada sebuah syarikat tidak dikenali, berdasarkan kadar pasaran.


Kemudian, Mara membayar RM27 juta lagi untuk memperolehi hartanah itu, dan Rafizi mendesak Mara mendedahkan nama syarikat itu.

"Dari syarikat mana dan dari siapa Mara beli hartanah itu?" soal beliau.

"Mengetahui butiran syarikat ini akan membantu menjekaskan urus niaga ini dan jika kroni-kroni lain mendapat faedah darinya," katanya.

Akhbar harian Australia The Age melaporkan minggu lepas, rakyat Malaysia berkaitan Mara terlebih bayar pemaju Dudley International House sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) untuk sebuah blok apartmen lime tingkat di bandaraya itu pada 2013, membayar A$22.5 juta berbanding harga yang diminta A$17.8 juta.

Iklan B (ii)






1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...