Saturday, 13 June 2015

Kejutan Baru Dari PAS


Betul lah PAS Ni Tak Serik-Serik.. Ini Buktinya. PAS berkeyakinan Putrajaya tidak akan mempermainkan hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hudud di negeri itu kerana pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali juga Akta 355 akan terpakai kepada semua mahkamah syariah.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata walaupun Dewan Rakyat akan mengakhiri mesyuarat sesi ini pada minggu depan namun parti itu berharap usul berkenaan akan dibentang dan diluluskan untuk pelaksanaan kerajaan negeri Kelantan.


“Kita masih menaruh harapan agar usul ini dimasukkan dalam minggu terakhir sidang Parlimen, masih ada 4 hari lagi. Namun jika tidak naik juga kita akan meneruskan perbincangan dengan kerajaan persekutuan kerana bagi kita, jalan terbaik untuk melaksanakan pindaan Akta 355 ini adalah rang undang-undang ini dibawa kerajaan persekutuan sendiri.


Betul lah PAS Ni Tak Serik-Serik.. Ini Buktinya

“Tidak timbul isu dipermainkan kerana bila ia diluluskan, ia bukan saja untuk Kelantan, undang-undang ini boleh diguna pakai untuk seluruh negara,” katanya seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian.


Takiyuddin berkata walaupun pertemuan bersama Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sudah diadakan, namun Putrajaya masih belum memberi kelulusan untuk ia dibahaskan di Parlimen.

Katanya, antara kekangan Putrajaya ialah usul berkenaan masih belum dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja.

“Namun beliau (Pandikar) mengatakan belum mendapat lampu hijau dari kerajaan, kita berharap kerajaan melalui menteri membenarkan usul ini dibawa.


“Kita difahamkan baru-baru ini terdapat halangan daripada kerajaan persekutuan kerana perkara ini belum dibawa oleh mesyuarat raja-raja,” katanya kepada akhbar itu.



Iklan B (ii)







3 comments:

  1. At least depa ada usaha dan kami sokong.dap mesti tarik blk putus hbgn dgn presiden pas..kita hamba allah bkn hamba pakatan mau pun amno yg jahat itu.

    ReplyDelete
  2. Hentam saja la labuuuuu

    ReplyDelete
  3. Laaaaa awat Tolooollll sangat. Habis yang bukan ahli pas ni bukan hamba Allah ke. Kalau nak berpolitik mesti cerdik.Kalau tak ada kuasa eksekutif untuk memerintah macam mana nak laksanakan.Arwah Nik Aziz pesan jangan kena patuk dengan ular dalam lubang yang sama 2 kali.Arwah Fadhil Noor kata kalau musuh buat baik dengan kita mesti ada yang tak kena,,,,so dalam Islam tidak diajar membaruakan orang, fitnah orang, tikam kawan dari belakang...Yang penting jangan jadi BODOH.Umno lebih 50 tahun memerintah tak ada langsung usaha nak laksanakan HUDUD.....so bak kata Nabil lu pikirlah sendiri

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...