Thursday, 11 June 2015

Anwar Ibrahim Buat Kejutan..


Perutusan Anwar Dari Penjara Buat PAS. Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa PAS mengkaji semula usul memutuskan hubungan dan kerjasama dengan rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat (PR), DAP, yang diluluskan muktamar tahunan parti Islam itu minggu lalu.

Naib Presiden PKR N Surendran dalam satu kenyataan hari ini mengatakan, ketua umum PKR itu menyampaikan perutusan itu pada pertemuan mereka di Penjara Sungai Buloh semalam.

"Saya kesal dengan usul untuk memutus hubungan dengan DAP yang diterima di muktamar PAS.


"Saya gesa rakan politik kami PAS untuk mengkaji semula usul tersebut yang dilulus tanpa dibahas, dan agar ia tidak dilaksanakan pada ketika ini," kata Anwar dalam perutusan itu.

Menurut Surendran, Anwar juga menghantar pesanan khusus berkenaan isu itu kepada pemimpin DAP Lim Kit Siang dan PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Perutusan Anwar Dari Penjara Buat PAS.
Anwar berkata, beliau yakin DAP komited bagi memastikan PR terus kekal bersama.

"DAP yang lama menjadi teman dan rakan seperjuangan, terus komited dengan perjuangan untuk membawa perubahan.

"Saya juga tahu yang DAP bersama kami dalam usaha memastikan PR terus utuh dan menjadi pilihan alternatif rakyat," katanya.


Menurutnya lagi, PR kini memikul harapan rakyat untuk terus membongkar masalah di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

"Adalah menjadi harapan besar rakyat agar PR terus mara untuk menyelesaikan masalah politik dan ekonomi yang semakin teruk di bawah pentadbiran BN," katanya lagi.

Usul memutuskan hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas pada Muktamar Tahunan ke-61 PAS minggu lalu.


Sebaik sahaja diluluskan, DAP menerusi setiausaha agungnya, Lim Guan Eng mengalu-alukan peletakan jawatan wakil PAS dalam kerajaan Pulau Pinang.

Pimpinan tertinggi PAS kemudian berkata, usul itu masih perlu mendapat kelulusan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat.



Iklan B (ii)







1 comment:

  1. pergi jahanam DAP - parti PAS akan terus berkembang jika dipimpin oleh ulamak yang tidak mementingkan jawatan dan laba dunia

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...