Tuesday, 30 June 2015

Berita Mengerikan Buat Rakyat Malaysia


Berita Mengerikan Buat Rakyat Malaysia. Kira-kira 90% tenaga kerja rakyat Malaysia tidak mampu menanggung perbelanjaan tambahan ekoran pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), menurut kaji selidik laman web sumber pekerjaan Jobstreet.com.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jobstreet berkata 24% responden berdepan masalah perbelanjaan malah sebelum GST dilaksanakan 1 April lalu.

Beban hutang kepenggunaan itu juga banyak mengubah rutin responden, apabila lebih separuh daripada mereka, iaitu 56%, mengurangkan keluar makan tengah hari dengan rakan sepejabat.

Kira-kira 47% daripada mereka mula membawa bekal dari rumah.
"Ada yang memulakan langkah berjimat cermat, seperti lebih menggunakan pantri mereka dan berkongsi kereta untuk menjimatkan perbelanjaan," kata Jobstreet.

Hanya 19% daripada responden mengatakan GST tidak menjejaskan rutin kerja mereka.

Kaji selidik itu juga menunjukkan 76% responden memerlukan paling kurang 10% kenaikan gaji untuk menampung perbelanjaan yang meningkat akibat GST.

Berita Mengerikan Buat Rakyat Malaysia

Kira-kira 63% responden pula mahukan elaun petrol bagi membantu mengurangkan perbelanjaan yang meningkat.

"Kira-kira 35% responden mempertimbangkan bertukar kerja supaya dapat menanggung GST dengan lebih baik, dan 41% syarikat menerima permintaan tinggi untuk kenaikan gaji sejak GST," kata Jobstreet.

Bagaimanapun, hanya 19% syarikat sahaja yang menawarkan kenaikan gaji.


"Memandangkan gaji merupakan keutamaan paling tinggi bagi kebanyakan pekerja, Jobstreet.com memperkenalkan ciri Padanan Gaji bagi memadankan calon dengan gaji yang mereka inginkan," kata pengurus negara Jobstreet Chook Yuh Yng.

Sejumlah 1,454 pekerja dan 490 majikan menyertai kaji selidik ini, katanya.

GST mula diperkenalkan pada 1 April, menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Ia menyebabkan makin banyak aduan dibuat berhubung kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang tinggi, masalah yang dialami rakyat sebelum cukai itu diperkenalkan lagi.



Iklan B (ii)






1 comment:

  1. Dibulan Ramadhan org Islam belajar terima keteguhan Iman dengan lapar. Kerajaan UMNO BN buknalah sezalim Firun laknatullah. Kerajaan UMNO BN syangkan rakyat dengan perkenalkan GST adalah kebaikan untuk rakyat juga belajar susah supaya bila lagi susah lagilah boleh pertahan kesusahan.Tabik kepada pengundi popular 42% yang memenangkan kerajaan UMNO BN, keranamu lah dapat menikmati kesusahan dan kesempitan hidup. Pas tok guru hadipun Nampak macam mesra nak jalinkan kera jaang perpadu$wang ngan UMNO.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...