Monday, 22 June 2015

Berita Gempar Yang Tidak Mampu Disorok Oleh BN..


Berita Gempar Yang Tidak Mampu Disorok Oleh BN. Perhimpunan khas MIC hari ini oleh puak yang menentang Datuk Seri G Palanivel, meluluskan resolusi bersetuju yang presiden parti itu bukan lagi ahli parti etnik India terbesar dalam Barisan Nasional (BN) itu.

Resolusi pertama diluluskan ialah MIC akan mematuhi arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk menjalankan pemilihan semula dan menegakkan keputusan mahkamah iaitu Palanivel dan 4 yang lain memfailkan saman terhadap RoS atas kapasiti peribadi mereka.

Resolusi kedua yang diluluskan ialah mengikut Perkara 91 Perlembagaan MIC yang menyatakan tidak ada urusan parti yang boleh dibawa ke mahkamah tanpa kebenaran jawatankuasa kerja pusat (CWC), dan sesiapa yang berbuat demikian akan terhenti daripada menjadi ahli parti.

Berita Gempar Yang Tidak Mampu Disorok Oleh BN


"Hari ini kita meluluskan resolusi itu, dengan sokongan penuh, Perkara 91 perlembagaan parti dikuatkuasakan kerana 5 individu itu pergi ke mahkamah tanpa persetujuan parti dan CWC.

"Jadi mereka perlu menghadapi akibat daripada tindakan mereka," kata Timbalan Presiden MIC Datuk Seri S Subramaniam dalam ucapannya hari ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.



Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...