Saturday, 20 June 2015

Azmin Ali Pening Kepala Dengan Berita Ini..


Berita Gempar Dari Selangor. DAP Selangor telah membuat keputusan untuk mendesak Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali supaya menggugurkan tiga EXCO negeri dari Pas.

DAP memberi tempoh sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri dan sebelum September untuk Azmin membuat keputusan itu.

Sekiranya Azmin gagal mengambil tindakan, DAP akan bertindak keluar daripada pentabdiran Negeri Selangor.

Desakan itu diputuskan dalam mesyuarat tergempar DAP Selangor baru-baru ini, lapor akhbar Sin Chew Daily.

Tiga EXCO Pas itu ialah Datuk Iskandar Samad, Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidi Abdul Talib.


Berita Gempar Dari Selangor

Sementara itu, FMT dimaklumkan desakan itu antara pilihan yang dibuat oleh DAP Selangor di samping beberapa pilihan lain yang belum dimuktamadkan.

Sumber DAP memberitahu, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua akan mengadakan perbincangan dengan Azmin dalam waktu terdekat ini.

Katanya, beberapa pilihan akan diberikan kepada Azmin supaya kerajaan negeri sedia ada terus kekal.

“DAP seboleh-bolehnya tidak mahu Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubar dan berlaku pilihan raya negeri,” katanya.



Iklan B (ii)







1 comment:

  1. Bagus, DAP memang berintegriti, tegas dan dilihat lebih jujur, apa yang PAS kata mesti di kota kan. Sekarang padan muka PAS. Nasi sudah menjadi bubur. PAS cakap berdegar degar, akhirnya kecut perut...Elok sangat diajar kumpulan PAS UG yang mencemar PAKATAN RAKYAT.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...