Friday, 19 June 2015

Berita Gembira Buat Pejuang Rakyat


Berita Gembira Buat Pejuang Rakyat. Semua 11 aktivis terlibat dalam tunjuk perasaan terhadap rampasan kuasa di Perak pada 2009 yang mendapat pengampunan diraja daripada Sultan Perak dibebaskan pada jam 9 malam tadi.

Mereka disambut ahli keluarga yang menunggu di luar penjara Tapah sejak jam 5 petang tadi.

Berpakaian T-shirt putih dan melaungkan "Takbir" ketika melangkah keluar daripada bas yang membawa mereka ke pintu masuk penjara berkenaan, kumpulan terbabit memeluk ahli keluarga masing-masing sebelum mengambil gambar kenangan.

Setiausaha Lembaga Pengampunan Perak Datuk Razali Othman dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan Sultan Nazrin Shah memberikan pengampunan diraja untuk 11 individu berkenaan selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan. 

Beliau berkata dalam mesyuarat lembaga berkenaan pada 5 Mei lalu, sehari sebelum pertabalan Sultan Perak, hanya seorang daripada 12 penunjuk perasaan menerima pengampunan apabila mengemukakan permohonan terus dan bukannya melalui pihak ketiga.

Berita Gembira Buat Pejuang Rakyat


Pada mulanya, terdapat 13 orang yang ditahan berikutan demonstrasi pada bulan Februari 2009, di luar Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar, Perak, di mana ketika itu Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir daripada Barisan Nasional mengangkat sumpah jawatan jawatan sebagai menteri besar di hadapan Sultan Perak.

Seorang warga Indonesia dihantar pulang ke negaranya selepas dibebaskan manakala baki 12 lagi dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Rayuan pada bulan Mac lalu.

Mohamad Nazeer Hameed, 49, adalah satu-satunya orang yang mendapat pengampunan diraja sempena pertabalan Sultan Nazrin pada 6 Mei lalu. 

Isteri kepada salah seorang aktivis, Nashita Md Noor dan beberapa ahli keluarga yang lain mengambil keputusan untuk menunggu pembebasan di penjara Tapah selepas mendapat pekhabaran suaminya diberi pengampunan diraja.

Mereka tiba pada jam 5 petang dan berbuka puasa di luar penjara sementara menunggu pembebasan itu.

Sekitar jam 10 malam tadi, Nashita memuat naik gambar suaminya bersamanya dan anaknya serta gambar 7 orang lain yang baru dibebaskan dari Penjara Tapah.

"Alhamdulillah, bebas!" tulis Nashita di laman Facebook. 



Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...