Monday, 15 June 2015

Berita Mengejutkan Buat Penjawat Awam


Berita Baik Buat Penjawat Awam. Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap gaji minimum penjawat awam RM1,200 sebulan antara yang bakal diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Himpunan Penjawat Awam yang dijadualkan Rabu ini.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata ini kerana kenaikan gaji itu dari RM900 kepada RM1,200 sebulan mampu meringankan penjawat awam untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

"Sudah tentu penjawat awam tertunggu-tunggu kenaikan gaji mereka. Mereka harap Najib akan umumkan sesuatu yang menggembirakan mereka dalam menyambut Ramadan dan musim perayaan Aidilfitri tidak lama lagi," katanya hari ini.

Berita Baik Buat Penjawat Awam

Beliau berkata selain itu Cuepacs turut meminta elaun rumah penjawat awam  di Semenanjung, Sabah dan Sarawak diselaraskan memandangkan sewa rumah agak tinggi pada masa ini.


Katanya ada kalangan penjawat awam menerima elaun rumah pada kadar RM180 sebulan sedangkan kadar sewa rumah paling rendah lebih RM300 sebulan.


"Kerajaan perlu selaraskan elaun tersebut agar ia tidak membebankan penjawat awam yang sentiasa berdiri teguh di belakang kepimpinan Najib," katanya.



Iklan B (ii)







2 comments:

  1. Replies
    1. jangan bagi harapan yang tinggi...
      nanti menyesal tak sudah...hehehe

      Delete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...