Tuesday, 30 June 2015

Bencana Buat Penjawat Awam?


Bencana Buat Penjawat Awam? Menunggu 46 hari untuk gaji Ogos berikutan pembayaran awal gaji bagi Julai boleh mengundang "bencana kewangan" kepada penjawat awam jika mereka terlalu ghairah berbelanja untuk menyambut perayaan Aidilfitri.

Penjawat awam yang menerima gaji dan bonus RM500 pada 25 Jun lalu, dijadualkan menerima gaji awal untuk Julai iaitu pada 9 haribulan, manakala gaji berikutnya pada 25 Ogos.

Seorang perunding kewangan dari Great Eastern Takaful Ahmad Humaizi Mat Noor berkata penjawat awam perlu bijak berbelanja semasa Hari Raya.

Mereka perlu menetapkan dalam minda masing-masing bahawa gaji yang dibayar pada 9 Julai itu seharusnya digunakan untuk bulan Ogos.

"Harus diberi perhatian serius kerana kehidupan anda bergantung kepada gaji tersebut selama 46 hari sebelum akaun kembali terisi dengan gaji bulan berikutnya," katanya.

Dalam temu bual dengan Bernama, beliau mengajukan beberapa saranan kepada penjawat awam dalam merancang perbelanjaan.


Bencana Buat Penjawat Awam? 

Ahmad Humaizi berkata bajet untuk keperluan Aidilfitri, yang dijangka disambut pada 17 Julai, harus dibuat berdasarkan gaji diterima pada 25 Jun berserta bonus RM500 yang diberikan kerajaan.

Pendapatan yang diterima pada 9 Julai tidak wajar "diusik", katanya.

Katanya penjawat awam juga sewajarnya terus membuat bayaran perbelanjaan bulanan bagi Ogos seperti ansuran rumah, kereta, taska anak, kad kredit kerana realitinya gaji yang diterima pada 9 Julai adalah untuk bulan Ogos.

Beliau berkata, sekiranya seseorang itu tidak dapat menahan nafsu melihat baki simpanan dalam bank berlebihan, sebaiknya wang itu dipindahkan ke akaun lain yang tidak mempunyai kad ATM seperti Tabung Haji atau Amanah Simpanan Bumiputera (ASB).

"Apabila cukup kitaran gaji seperti biasa, bolehlah anda mengeluarkan wang ini seperti biasa untuk kegunaan pada bulan Ogos," katanya.

Ahmad Humaizi turut menyarankan orang ramai mengelak daripada mengunjungi pasaraya pada saat-saat akhir bagi mengelak fenomena membeli barangan yang tidak diperlukan kerana kegembiraan untuk beraya seringkali mengatasi logik kebiasaan.

"Walaupun raya setahun sekali, takkan kerana Syawal kita bakal merana dari segi kewangan pada bulan-bulan seterusnya. Biarlah bersederhana," katanya.

Sementara itu, penjawat awam Siti Hanom Hamdan, 34, berkata beliau akan mengasingkan terlebih dahulu komitmen bulanan seperti sewa rumah, perbelanjaan harian dan ibu sebaik sahaja menerima gaji pada Julai depan.

"Saya juga bercadang pindahkan sebahagian besar daripada gaji awal itu ke akaun lain," kata Penolong Penerbit Rancangan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu.

Siti Nurfauzani Idrus, 33, yang berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) di Jabatan Imigresen Malaysia Sabah juga merancang memindahkan wang gaji berkenaan ke akaun ASB, jika perlu.



Iklan B (ii)






3 comments:

  1. appaala, itu pun nak kecoh, aku kalau masuk 9 julai tu, aku tak cakap besar, tapi tak usik, anggaplah tak dapat gaji lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. balun jer.. selagi ade duit dalam akaun.. dah takde buat hal sendiri ler..

      Delete
  2. petrol naik.. habis 500 aku

    buruk siku tul la ajib

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...