Friday, 19 June 2015

Akhirnya Perampas Kapal Tangki MT Orkim Harmony Ditahan


Akhirnya Perampas Kapal Tangki MT Orkim Harmony Ditahan. Lapan suspek yang dipercayai terbabit merampas kapal tangki MT Orkim Harmony berjaya ditahan pihak berkuasa Vietnam. Ia dibuat selepas mereka menceroboh perairan negara itu.

Menurut laporan yang dipetik daripada Bernama, penangkapan itu telah disahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Sebelum ini, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menggunakan aset laut dan udaranya dalam usaha untuk menjejak perampas Kapal Tangki MT Orkim Harmony.

Pengesahan itu dimuat naik Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar di laman Twitternya, pada Jumaat.


Dalam status yang dikemas kini, dia berkata, tiga kapal dan dua helikopter dihantar untuk menyertai operasi memburu suspek.

Akhirnya Perampas Kapal Tangki MT Orkim Harmony Ditahan

Pada masa ini, sebuah pesawat P-3C Orion, C130 dan pesawat Beechcraft sedang menjejak lapan perampas yang melarikan diri dengan menggunakan bot penyelamat.

Dalam insiden yang berlaku, semua 22 anak kapal MT Orkim Harmony telah dibebaskan dalam keadaan selamat pada kira-kira jam 2.30 pagi Jumaat.

Bagaimanapun, seorang tukang masak warga Indonesia yang berada di kapal itu cedera akibat ditembak di paha oleh lanun terbabit.

Kapal tangki berkenaan kini meneruskan perjalanan ke Pelabuhan Kuantan diiringi oleh KD Handalan dan dijangka tiba pada pukul 2 pagi Sabtu.



Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...