Sunday, 14 June 2015

Ahmad Maslan Buat Kejutan Lagi..


Ahmad Maslan Buat Kejutan Lagi. Datuk Ahmad Maslan menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad menghentikan serangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi mengelak penyusutan nilai ringgit berterusan. 

Timbalan menteri kewangan itu berkata, Dr Mahathir sewajarnya berhenti menyerang Najib kerana segala persoalan yang diajukan sudah dijawab presiden Umno itu.

“Seperti mana yang dinyatakan oleh Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Aziz, ekonomi negara masih berada pada asas-asas yang betul berdasarkan pada rizab yang kukuh, ekonomi berkembang dengan positif, inflasi terkawal dan kadar pengangguran yang rendah.


“Namun isu serangan yang dilakukan oleh Dr Mahatir ditambah dengan sokongan pihak tertentu turut dikatakan menjadi faktor kepada penyusutan ringgit ketika ini,” katanya seperti dilaporkan akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Ahmad Maslan Buat Kejutan Lagi

Ahmad berkata, Najib tidak akan tunduk kepada desakan bekas perdana menteri itu untuk meletak jawatan kerana desakan sedemikian tidak membawa keuntungan kepada negara. 

“Rakyat akhirnya akan tahu apa yang dilakukan oleh bekas perdana menteri tidak membawa sebarang kebaikan sebaliknya menjatuhkan imej dan maruah negara di mata dunia,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Ketua penerangan Umno itu berkata jika berlaku penyusutan nilai ringgit, maka barangan import akan mengalami kenaikan harga disebabkan urus niaga menggunakan dolar Amerika.


“Jika keadaan itu berlaku, keadaan ekonomi negara bertambah sukar, biarpun pada dasarnya ia tidak akan berlaku dengan adanya asas ekonomi yang kukuh, namun dibimbangi perkara itu tidak dapat dielakkan,” katanya kepada akhbar itu.


Semalam, Bernama melaporkan ringgit dijangka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan berikutan pengukuhan mata wang asing itu serta ketidaktentuan dalam pasaran tempatan.


Bagi tempoh sepanjang minggu yang baru berakhir, ringgit mencecah paras terendahnya dalam tempoh 9 tahun pada Isnin lepas berbanding dolar AS berikutan pengukuhannya yang turut mengekang minat terhadap mata wang lain, termasuk ringgit.

Pengukuhan dolar itu turut disebabkan data pekerjaan yang lebih baik daripada jangkaan serta data jualan yang hanya mencetuskan lagi spekulasi mengenai kenaikan kadar faedah pada akhir tahun ini.

Bagi perbandingan mingguan, ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS pada 3.7580/7610 daripada 3.7170/7200 pada Jumaat lepas.
Ringgit turut rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.7806/7843 daripada 2.7568/7601 Jumaat lepas dan lemah berbanding yen kepada 3.0368/0399 daripada 2.9793/9822, minggu lepas.


Unit tempatan itu turut merosot berbanding pound British kepada 5.8166/8235 daripada 5.6885/6946 dan susut berbanding euro kepada 4.1962/1007 daripada 4.1842/1887, pada Jumaat lepas.



Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...