Thursday, 25 June 2015

Ahli Umno Ini Akan Dipecat Ke?


Umno bersikap tegas dan akan mengambil tindakan terhadap ahlinya sendiri jika didapati terlibat dalam demonstrasi membakar bendera DAP di Pulau Pinang semalam, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan atau lebih dikenali sebagai Ku Nan bagaimanapun enggan mengakui ahlinya terlibat sama dan menyerahkan perkara itu kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

"Saya tidak tahu siapa yang buat, ada yang tuduh Umno buat. 

"Kita tidak tahu tetapi kalau Umno buat kita akan ambil tindakan kepada ahli yang buat perkara ini kerana ini bukan sikap Umno.

"Orang boleh guna nama Umno. Betul atau tidak kita tidak tahu," katanya kepada pemberita ketika menghadiri program bantuan baju raya untuk anak yatim di pusat beli-belah Jakel di Kuala Lumpur, hari ini.


Dalam insiden tunjuk perasaan itu, kira-kira 30 ahli dan penyokong Umno membakar bendera DAP kerana tidak berpuas hati dengan cubaan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merobohkan struktur logo Umno di Menara Umno negeri minggu lalu.

Kumpulan itu diketuai Setiausaha Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, polis perlu mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang membakar bendera atau ingin menaikkan semangat kebencian antara satu sama lain.

Ahli Umno Ini Akan Dipecat Ke?

Katanya, semua pihak perlu berhati-hati terhadap golongan yang menjadi dalang mereka cerita sengaja menaikkan sifat kebencian.

"Saya menasihatkan Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum, agama dan bangsa, kita berjaya oleh kerana kita bersatu dalam kepelbagaian.

"Yang kita nampak Malaysia maju pada hari ini disebabkan kita bersatu. Jadi jangan ada puak-puak tertentu yang ingin untuk melihat kesatuan yang kita ada ini akan berpecah dan akhirnya kita akan bertelingkah antara satu sama lain," katanya.

Selain Musa, turut sama ialah Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim; Ketua Umno Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said;  Ketua Umno Tanjong, Ahmad Ibnihajar dan Ketua Perkasa Pulau Pinang, Mohd Rizuad Belia Mohd Azudin.

Mereka dilaporkan hadir ke bangunan Komtar untuk menyerahkan memorandum, namun berlaku sedikit kekecohan apabila pengawal keselamatan bangunan pada mulanya enggan membenarkan Musa dan pemimpin lain naik ke tingkat tiga pejabat pentadbiran kerajaan negeri sehingga menimbulkan kemarahan penyokong.

Penguatkuasa MBPP pada Jumaat lalu cuba merobohkan struktur tulisan Umno di hadapan bangunan parti itu di Jalan Macalister namun berjaya dihalang ahli parti.

MBPP bagaimanapun mempertahankan tindakannya merobohkan struktur logo itu adalah mengikut undang-undang kerana ia dibina secara haram tanpa mendapat sebarang permit daripada pihak berkuasa tempatan. 



Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...