Tuesday, 19 May 2015

Setelah Menjawab 13 Persoalan, Najib Dihentam Lagi..


Setelah Menjawab 13 Persoalan, Najib Dihentam Lagi. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus menerima hamburan kritikan dari orang ramai walaupun cuba menjawab 13 soalan yang kerap dilontarkan terhadap pentadbirannya dalam blognya semalam.

Menerusi luahan pengguna Facebook dan Twitter, jelas dilihat orang ramai masih tidak berpuas hati dengan penjelasan Najib menerusi ruangan “Soalan Lazim” di blog beliau www.najibrazak.com itu.

"Takkan la seorang perdana menteri hanya mampu jawab isu besar negara hanya tulis dalam blog," tulis seorang pengguna Twitter dengan nama Bauk Selat.

"Najib dh jwb soalan tun, semua dia karang kt blog, selesai dh masalah negara. Semua boleh buat kerja masing masing skrg, usah politik lagi. (Najib sudah menjawab soalan Tun (Dr Mahathir Mohamad). Semua dikarang di blog, selesai sudah masalah negara. Semua boleh buat kerja masing-masing sekarang, usah berpolitik lagi)," tulis pengguna Twitter, Bensofian, dalam nada sinis.

Seorang lagi pengguna, Kelvin Lim menerusi akaun Facebook miliknya mahu Najib menjawab soalan bekas perdana menteri itu secara bersemuka.

"Face to face dengan Tun M la...! Jgn tiap tiap kali cakap atau reply kat blog! Jgn takut kalau u tak salah! (Bersemukalah dengan Tun M! Jangan setiap masa cakap atau jawab di blog! Jangan takut kalau kamu tak salah!)" tulisnya.
Najib semalam cuba menangkis kritikan dan tuduhan dari Dr Mahathir, bekas mentornya yang kini menjadi pengkritik nombor satu beliau.

Beliau antaranya menjawab persoalan berkaitan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, penggunaan jet rasmi kerajaan dan keupayaan Barisan Nasional memenangi pilihan raya umum akan datang.

Setelah Menjawab 13 Persoalan, Najib Dihentam Lagi

Najib turut menjawab tuduhan berkaitan dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan memohon pengkritiknya menanti dapatan ketua audit negara ke atas dana pelaburan strategik negara itu.

Namun, Najib terus diserang orang ramai menerusi laman Facebook beliau yang tidak berpuas hati dan menuntutnya meletak jawatan.

"Letak la jawatan secepat mungkin, rakyat dah mula tak suka dengan awok," tulis pengguna Facebook bernama Mohd Akmal.

"If u resign now,u will be more respected.coz we seems there's nothing changed,it's getting even worse. (Jika anda meletak jawatan sekarang, anda akan lebih dihormati. Kami rasakan tiada apa-apa yang berubah, segalanya menjadi semakin teruk)," tulis Ahmad Zaki Mohd Rum.
Jimmy Foo pula menulis: "All the goods that you promised (or pledged) always turn to something else. How else you want us to believe you?" (Segala yang anda janjikan [atau ikrarkan] akhirnya jadi lain. Bagaimana lagi kami mahu percaya?)

Zamani “G-bam” Shukeri menambah: "Datuk Seri, bagaimana anda lelapkan mata di malam hari? Kongsi sedikit rahsianya.."

Beberapa pengguna Facebook turut mengaitkan Najib dengan Altantuya dan menggesa Najib menjawab soalan Dr Mahathir tentang siapa yang mengarahkan wanita itu dibunuh.

Akif Lee berkata: "Soalan pokoknya: Siapa VVIP yang bagi arahan pada Sirul?"

"Sebagai perdana menteri, dengan kuasa yang ada pada anda, saya fikir tak mustahil untuk anda cari siapa yang memberi arahan untuk membunuh itu," kata Zaifuddin Md Jizan.
Dalam tulisannya semalam, Najib berkata "tidak adil" memaksa beliau menyiasat semula kes itu memandangkan proses perundangannya sudah dimuktamadkan.

"Saya tidak terlibat dan saya tidak tahu apa-apa tentangnya. Mahkamah sudah tentukan siapa yang bersalah membunuh. Itu sepatutnya menjadi penamat cerita," tulisnya.
Tanpa menamakan sesiapa, perdana menteri itu berkata beliau terganggu dengan isu tersebut yang disebut-sebut semula yang menurutnya akan terus dibincangkan jika mana-mana pemimpin veteran menyebut tentangnya walaupun disebut hanya sekali lalu sahaja.

"Individu-individu yang berpengaruh sebegini mempunyai banyak sumber. Apabila isu ini meletus, saya yakin mereka boleh mengesahkan kesahihan tuduhan-tuduhan ini.

Setelah Menjawab 13 Persoalan, Najib Dihentam Lagi

"Jika mereka yakin ia benar, kenapa tidak bangkitkannya sewaktu ia mula tercetus lapan tahun dahulu? Kenapa sekarang?" katanya.
Bulan lalu, Dr Mahathir menyenaraikan dalam blognya pelbagai tuduhan terhadap Najib dan menulis tiada satu pun pernah dijawab dengan memuaskan.

Ia termasuklah pembunuhan Altantuya dan dakwaan yang dibuat bekas komando polis, Sirul Azhar Umar, yang merupakan bekas pengawal peribadi Najib.

Sirul mendakwa beliau bertindak menurut arahan sewaktu membunuh Altantuya, dan Dr Mahathir berkata tuduhan itu perlu disiasat kerana Sirul bekerja untuk Najib.
Sementara itu, terdapat juga pengguna Facebook seperti Nina Zainal Spencer yang memuji penjelasan Najib yang menurutnya, menambahkan rasa kagumnya terhadap beliau.

"Dengan ini, ia membuatkan saya semakin kagum. Berbanyak terima kasih untuk penjelasannya. Sama ada mereka terima atau tidak, ia bukan lagi perkara penting. Teruskan membuktikan dan bercakap benar.
"Anda, saya dan semua manusia perlu menjawab dengan Allah. Saya mahu anda kekal bercakap benar. Semoga Allah merahmati dan melindungi Najib sekeluarga. Amin," katanya di laman Facebook Najib.

Zainurdin Khalil pula menulis: “Nobody is perfect..we still respect you xxx. (Tiada yang sempurna. Kami akan tetap hormati anda. Salam sayang).”




Iklan B (ii)













No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...