Thursday, 21 May 2015

Sebenarnya.. Siapa Yang Bercakap Benar Ni?


Sebenarnya.. Siapa Yang Bercakap Benar Ni? Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah bersetuju bergabung bersama UMNO untuk membentuk Kerajaan Perpaduan. Sehubungan itu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menafikan kenyataan yang dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Anwar Ibrahim atau mana-mana pimpinan parti tidak pernah bersetuju dengan idea bergabung dengan UMNO di dalam sebuah Kerajaan Perpaduan seperti yang dirujuk oleh Hadi semalam,” katanya.
Rafizi berkata, PKR tidak mahu diheret dalam permasalahan dalaman yang dihadapi Pas ketika ini.

Dia yang juga Setiausaha Agung PKR berkata, PKR pada masa ini hanya untuk membela rakyat dan memperbaiki institusi kerajaan yang rosak di bawah Barisan Nasional (BN).

Sebenarnya.. Siapa Yang Bercakap Benar Ni?
“Apatah lagi di saat-saat rakyat tertekan dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), penggunaan dana-dana rakyat dalam Tabung Haji, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain,” katanya.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, PKR percaya UMNO ketika ini berada dalam keadaan paling lemah dan masa terbaik untuk memberi peluang rakyat Malaysia membuat perubahan.

Dalam program ‘Bicara Harakah di Kuala Lumpur pada Selasa, Hadi dilaporkan berkata Anwar, Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat dan dia sendiri telah berjumpa dan bersetuju untuk mewujudkan kerajaan perpaduan bersama UMNO.
“DAP pun bersetuju. Tapi malangnya perkara itu terbantut kerana BN tidak dapat menerimanya. Itu ceritanya. Benda tu dah hilang. Dah luput daripada sejarahnya,” kata Hadi.



Iklan B (ii)











No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...