Saturday, 30 May 2015

Kemunculan Mamat Ini Mengundang Padah Buat Najib?


Rupanya Mamat Ni Berada Di Malaysia. Low Thaek Jho atau Jho Low yang dikaitkan dengan skandal 1MDB dilaporkan berada di Malaysia. Ahli perniagaan kontroversi, Low Thaek Jho dilaporkan berada di Malaysia pada petang Khamis selepas tiba dari Hong Kong menaiki pesawat Cathay Pacific 729 pada 7.43 petang, lapor sebuah portal.

Menurut Mstar Online, ahli perniagaan dikenali Jho Low dan dikaitkan dengan syarikat sarat hutang milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu menaiki pesawat dengan seorang lelaki berpakaian kasual dan duduk di barisan terakhir tempat duduk pesawat. 


Susulan pelbagai pendedahan dan dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, banyak pihak yang mahukan hartawan muda itu disiasat dan dipanggil ke prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk menjelaskan kedudukannya.


Low sebelum ini sering menafikan terlibat sebarang bentuk urusan dengan 1MDB, malah kenyataan medianya pada 5 Mei tahun lalu turut menafikan terlibat dengan syarikat yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).

Rupanya Mamat Ni Berada Di Malaysia

Penafian sama turut dibuat 1MDB pada 2012, dan menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB ketika itu, Datuk Shahrol Halmi, "peranan Jho Low sepanjang pengetahuan 1MDB adalah sifar".


Laporan akhbar New York Times pada 7 Februari lalu, bertajuk, "Well Connected at Home, Young Malaysian has an Appetite for New York", bagaimanapun, mendedahkan "kejayaan" Low menjana keuntungan besar dalam bidang hartanah di Amerika Syarikat sejak 2010.

Laporan itu berkata, Low "kerap berunding mengenai tindakannya, menurut tiga individu yang sering berunding dengan 1MDB tetapi tidak mahu dikenali demi menjaga hubungan".

Pada September tahun lalu, sumber memberitahu portal Sarawak Report yang "Low mengawal 1MDB, mereka ikut segala arahan beliau".Sarawak Report juga adalah yang pertama pada Mei 2014 mendedahkan fakta 1MDB membantu Low membuat tawaran RM5.7 bilion untuk Maybourne Hotel Group melalui "surat sokongan" dalam dokumen yang diteliti daripada mahkamah United Kingdom.

Menurut Sarawak Report juga, "hakim menjelaskan beberapa perkara yang diwakili Low sendiri dan syarikatnya sebagai entiti yang disokong kerajaan Malaysia 'yang kaya dengan khazanah".

Sumber

Iklan B (ii)











1 comment:

  1. Elok dah balik tu, tahan dan siasat aje la.
    Ada berani ke jib?

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...