Tuesday, 26 May 2015

Rupanya Ini Dia Penganjur Seminar Teknik Mencium Duit


Rupanya Ini Dia Penganjur Seminar Teknik Mencium Duit. Seorang penganjur seminar kekayaan mempertahankan teknik mencium duit yang digunakan dalam kursus "magnet wang" kendaliannya selepas gambar peserta programnya melakukan aksi itu tersebar luas di media sosial.

Kursus itu mula mencuri perhatian ramai apabila gambar peserta-pesertanya mencium gundalan wang RM50 dan RM10 dan meletakkannya ke dahi mereka, dikongsi lebih daripada 4,000 kali dan disukai lebih 15,000 orang di laman sosial Facebook.

Perkongsian itu dikesan sejak ia dimuat naik laman Facebook "Friends of BN" pada 10.30 malam, 24 Mei, 2015.

Penganjur seminar yang dikenali sebagai Dr Mohamad Khalid Sabran berkata, teknik mengucup bongkah duit bernilai RM44,000 itu bukan satu upacara menyembah duit seperti yang disangkakan orang ramai.

Sebaliknya, ia adalah satu cara untuk menarik rezeki serta melatih "minda bawah sedar" merasakan "getaran, tenaga dan rasa syukur" apabila memiliki duit yang banyak."Kita merasakan getaran perasaan itu, bukannya kita sembah duit.


"Malah, kita membayangkan benda yang kita sayang, duit pun kita sayang. Siapa tak sayang duit sedangkan anak bini pun kita cium sebab kita sayang," katanya kepada The Malaysian Insider semalam.

Menurutnya, gambar yang tersebar itu adalah daripada kursus yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 10 Mei lalu.

Kursus dengan yuran RM550 dari 9 pagi hingga 6 petang itu melibatkan sekitar 40 orang peserta.

Rupanya Ini Dia Penganjur Seminar Teknik Mencium Duit

Jelasnya, tindakan mencium duit dalam program "Aura Mind Power & Money Magnet Seminar" itu tidak salah. "Kenapa tidak kita boleh cium duit? Cium itu bukan sembah. Orang mentafsir kita menyembah duit sedangkan masa itulah kita ingat Allah yang akan bagi duit ini.

"Kita membayangkan Ya Allah, Engkau berilah aku rezeki sebanyak ini. Itulah konsep dia. "Itu yang kita tanamkan dalam ‘subconscious mind’ mereka kerana minda ini apa yang kita fikir itu yang kita dapat," katanya.

Katanya, seorang lagi pengendali seminar "magnet kekayaan" yang sudah tersohor turut mengamalkan teknik yang hampir sama dengan memeluk duit.


Bezanya, penganjur seminar tersebut tidak membenarkan gambar modul itu dikongsi seperti yang beliau lakukan.

"Kita keluarkan gambar ini sebab kita hendak lontarkan idea, untuk dapatkan respons tetapi respons ini kita dapat banyak yang negatif."Saya relaks sahaja kerana fikiran saya, manusia di luar sana mudah membuat fikiran yang negatif. 

"Kita buat benda betul dan perkara itu peserta sendiri yang menilai dan bukannya orang luar," katanya sambil menambah tiada seorang pun peserta seminarnya meragui teknik itu. 

Ditanya tentang sebab angka 44,000 dipilih untuk nilai duit itu, Khalid menjawab, "Saya pilih RM44,000 sebab bagi saya 44 ini angka yang power. 4 campur 4 jadi 8, 8 ini pulak orang Cina kata kayalah. "44 juga orang selalu kata simpang malaikat 44, kerana kuasa 44 itu. 

"Jadi saya suruh mereka (peserta) bayangkan sama ada sebulan mereka akan dapat RM44,000 dengan aura ini atau pun sehari RM44,000 – terpulang kepada kemampuan masing-masing," katanya sambil mengakui ada peserta menangis menahan gelora perasaan sewaktu memegang duit itu.

Daripada pegawai penyelidik ke perubatan alternatif  Berusia 54 tahun, bapa 4 orang anak dengan dua orang cucu ini dahulunya adalah seorang pegawai penyelidik di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau juga pernah menjadi presiden Kesatuan Kakitangan Am UKM dari 1989 sehingga 1995. Berdasarkan laman sesawang syarikatnya, Khalid sudah berkecimpung dalam bidang pemasaran pelbagai peringkat (MLM) bersama 5 buah syarikat selama hampir 25 tahun.

Kini beliau menubuhkan syarikat MLM sendiri yang digabungkan dengan minatnya dalam bidang perubatan alternatif menggunakan pengaliran tenaga yang dikenali sebagai aura reiki.


Ijazah kedoktorannya diperolehi daripada India Board of Alternative Medicine, Kolkata, pada 2013 dan beliau juga merupakan profesor kehormat institut yang sama.  Beliau kini adalah presiden Persatuan Perubatan Alternatif Malaysia (PPAM) yang diasaskannya.

Menurut Khalid, minatnya untuk mempelajari teknik reiki dan aura bermula sekitar 2008 bagi membenteng dirinya daripada "serangan halus" dalam perniagaan.

"Saya menambahkan ilmu dalam bidang perubatan ini kerana banyak serangan-serangan halus yang berlaku. 

"Jadi hendak menguatkan diri kita dan menolong orang, saya belajarlah ilmu aura ini," katanya yang sekarang antara lain menjual susu kambing, serta minyak holistik aura syarikatnya sendiri di samping menganjurkan seminar kekayaan.

Akaun Facebook digodam 

Seolah-olah seperti mahu menguji “aura” Khalid dan keampuhan tenaga reikinya, akaun Facebook miliknya didapati digodam malam tadi selepas ditemubual The Malaysian Insider.


"Saya tengah bertapa kat GUNUNG LEDANG. MAAF YA. PM Password," tulis penggodam itu yang dikenali sebagai “MrDodgerX” dari “Harimau Malaya Cyber Army” pada dinding Facebook Khalid.

Khalid sudah membuat laporan polis pada pukul 9.30 malam semalam dan kini menunggu tindakan lanjut pihak berkuasa.



Iklan B (ii)










3 comments:

  1. semuanya tahyul. bagilah alasan apa sekalipun

    ReplyDelete
  2. Yg lebih baik usaha dan berdoa mohon dengan ALLAH moga segala usaha kita diberkati,bukan ambil aura dari duit,kalau mcm tu sonang bah itu

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...