Thursday, 21 May 2015

Rahsia Putrajaya Terbongkar?


Rahsia Putrajaya Terbongkar? Putrajaya menafikan pernah membuat sebarang pembayaran gaji kepada Penasihat Komunikasi Pejabat Perdana Menteri, Paul Stadlen, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Shahidan berkata setakat ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya mempunyai empat penasihat  dan antaranya ialah Tan Sri Dr Rais Yatim dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
"Perdana menteri punyai empat penasihat Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin, Datuk Mohd Johari Baharom , Tan Sri Dr Rais Yatim dan Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.
Rahsia Putrajaya Terbongkar?

"Kerajaan hanya membayar gaji dan elaun mengikut  kelayakan masing-masing berdasarkan kepada kepakaran yang diberikan," kata Shahidan.
Beliau berkata demikian menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin yang meminta kerajaan menyatakan bilangan penasihat rasmi perdana menteri dan jumlah bayaran termasuk semua elaun setiap seorang penasihat tersebut.
Hanipa turut meminta kerajaan menjelaskan pembayaran gaji kepada Paul Stadlen setakat April 2014.



Iklan B (ii)











No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...