Wednesday, 6 May 2015

PKR Bakal Kalah Di PRK Permatang Pauh.. Ini Sebabnya?


PKR Bakal Kalah Di PRK Permatang Pauh. Hasil daripada satu tinjauan yang dijalankan PKR mendapati kurang 68% pengundi diramalkan akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Ahad ini, kata Pengarah Strategi PKR Sim Tze Tzin.

Sim berkata, angka itu boleh menyebabkan PKR kalah di kubu kuat mereka sekali gus mengulangi kekalahan Pakatan Rakyat (PR) dengan majoriti tipis seperti di Teluk Intan tahun lepas.

"Ini menggusarkan terutama sekali memandangkan jumlah pengundi luar kawasan sekitar 6,000 orang.

"Permatang Pauh sepatutnya menjadi pilihan raya yang menjadi teladan politik.

"Kami risau jika pengundi tidak pulang untuk menyuarakan protes terhadap keadaan semasa, yang meliputi pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)," katanya pada sidang media di Yayasan Aman, hari ini.

Pada PRK Teluk Intan tahun lepas, calon BN, Datuk Mah Siew Keong menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dengan 238 undi majoriti, selepas memperolehi 20,157 undi berbandi 19,919 undi dan 550 undi.

PKR Bakal Kalah Di PRK Permatang Pauh

Ditanya sama ada PKR akan kalah di kubu kuatnya, Sim enggan mengulas dan menyerahkan perkara itu kepada pengundi.

"Kami hanya mahu tekankan setiap undi adalah penting untuk menunjukkan mereka menolak GST, situasi semasa dalam negara dan kepimpinan Najib.

"Pengundi mesti memutuskan jika mereka mahu meneruskan hala tuju negara ke arah sedia ada atau mengubahnya," katanya.

Sim berkata, tinjauan tersebut dijalankan menerusi 1,000 panggilan telefon kepada pengundi.

Sampel tersebut mewakili kira-kira 71,000 pengundi berdaftar di Parlimen Permatang Pauh.



Iklan B (ii)















4 comments:

  1. Pengundi luar 6000 lebih ,Kau ingat pengundi luar tu semuanya penyokong PKR ke ,Ada penyokong PAS dan ada penyokong BN, Cakap macam bagi alasan akan kalah je

    ReplyDelete
  2. baguslah kalau PKR kalah khasnya dan PR amnya sebabnya mudah gabungan party dalam PR gila nam dan kuasa dan tidak tahu mengambil kesempatan diatas kelemahan lawan pelbagai isue boleh diketengahkan tapi pemimpin dalam PR bodoh sombong hanya mahu menilai kemampuan yang tonjol oleh kaki pengampu kesudahannya kedua-dua PRK bawa tempurung yang dikejar tak dapat yang dikendung gugur bertaburan ,usaha gigih yang disumbang oleh DSIA telah disia-siakan pabila dia direngkokan dalam bidai besi apakah PR telah hilang kepimpinan bila tiada ketegasan dari pemimpin masing-masing.

    ReplyDelete
  3. -PERINGATAN PENTING-

    BARISAN NASIONAL PASTI MENANG DI PERMATANG PAUH.

    1.Pastikan wakil memantau peti undi AMANAH. (Tak makan wang haram / rasuah.)
    (Silap mata boleh berlaku, awasi betul2.)

    2.Pihak penyokong PR, BERSEDIA dengan Highlight (lampu suluh), takut Black out. Jaga peti/kertas undi.

    3.Standby lampu automatik nyala bila black out.

    4.Siapkan generator dan spot light ke kawasan peti undi.

    5.Rakam kawasan mengira dan pintu pintunya dengan kamera infra red (boleh ambil gambar dalam gelap).

    BN terdesak dan pasti melakukan 'MAGIC' untuk menang. Pantau betul2 peti2 undi. (Tandakan), kemungkinan besar kertas undian tambahan/palsu untuk gantikan kertas undian yang sepatutnya dikira dah ada di kawasan larangan kepada umum seperti rumah VIP, Setor kerajaan, LOKAP ataupun mahkamah...tunggu ketika yang sesuai untuk di gunakan agar BN menang!!!.

    Pastikan kereta yang nak masuk kawasan mengira bebas daripada peti undi palsu....

    INI ADALAH KEMUNGKINAN 2 YANG SAYA AKAN LAKUKAN UNTUK MENANG, MAKA UNTUK MENGAGALKAN PERANCANGAN INI, LAKUKAN YANG TERBAIK UNTUK MENGHALANG.

    KITA BOLEH DITIPU BILA KITA IZINKAN RUANGAN UNTUK ORANG MENIPU KITA.

    SEKALI PUN SAYA HAMPIR PASTI BN MENANG... SEMOGA PR BERJAYA!!!

    ReplyDelete
  4. kalau pakatan kalah bagus la bolih bn naikkan gst lagi dan minyak, baru semua puashati

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...