Tuesday, 12 May 2015

Berita Teramat Sedih Buat Pendeposit Tabung Haji.. Saksikanlah


Penjualan Semula Tanah Tabung Haji Akan Mengalami Kerugian.. Ini Buktinya? Penjualan semula sebidang tanah Lembaga Tabung Haji (TH) yang dibeli dengan harga RM188.5 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebulan lalu mungkin mengalami kerugian akibat kadar cukai baru yang diperkenalkan, kata ahli Parlimen PKR.

Semakan semula kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) yang diperkenalkan pada Bajet 2014 menyebabkan Tabung Haji perlu membayar cukai sehingga 30% daripada hasil jualan, tidak termasuk duti setem antara 3% hingga 5% daripada transaksi itu, kata Rafizi Ramli.

Setiausaha Agung PKR itu memberitahu The Malaysian Insider, Tabung Haji juga perlu menanggung kos guaman daripada jualan itu yang "kemungkinan besar" mendatangkan kerugian kepada Tabung Haji.

"Mereka perlu sangat telus mengenai syarat jualan ini," kata Rafizi.

Tabung Haji berkata, ia mampu mengaut keuntungan sekurang-kurangnya RM5 juta hasil jualan semula plot tanah seluas 0.63 hektar di Tun Razak Exchange (TRX) itu, sebuah kawasan kewangan baru yang akan dibangunkan 1MDB selaku pemaju utama.

Pembelian tanah oleh badan pengelola simpanan haji itu pada April lepas dibocorkan minggu lalu dan menimbulkan kebimbangan di kalangan pendeposit yang mencarum dalam dana simpanan berkenaan untuk membantu mereka mengerjakan haji.

Pembelian itu juga dikecam pemimpin dari kedua-dua belah parti politik, memandangkan 1MDB terkenal dengan bebanan hutang berjumlah RM42 bilion sekali gus membawa kepada spekulasi "bailout" untuk firma pelaburan milik kerajaan itu bagi melunaskan hutangnya.

Pakatan pembangkang turut mempersoalkan bagaimana tanah yang dibeli 1MDB pada harga RM64 sekaki persegi daripada kerajaan persekutuan 4 tahun lalu dijual kepada Tabung Haji dengan harga "terlalu tinggi" iaitu RM2,773 sekaki persegi.

Penjualan Semula Tanah Tabung Haji Akan Mengalami Kerugian.. Ini Buktinya?

Susulan tekanan daripada orang ramai, Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim pada sidang media Sabtu lalu berkata, atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tabung Haji akan menjual semula tanah itu dengan memperoleh keuntungan sekurang-kurangnya RM5 juta.

"Kami akan mencari tanah lain untuk membuat pelaburan. Ini membuktikan plot tanah itu tidak sukar untuk dijual.

"Kami baru saja membeli tanah berkenaan dalam tempoh sebulan dan ia masih boleh beri keuntungan kepada kami," kata Azeez sambal menambah terdapat 3 pembeli berpotensi yang dipertimbangkan oleh lembaga pengarah Tabung Haji.

Rafizi bagaimanapun berkata beliau tidak percaya insentif cukai yang ditawarkan untuk pembangunan TRX akan memberi keuntungan kepada Tabung Haji dalam cubaannya menjual semula tanah berkenaan.

"Terdapat pengecualian cukai untuk cukai korporat, tetapi mereka masih perlu membayar CKHT," katanya.

Kadar CKHT yang baru diperkenalkan bertujuan membendung spekulasi pasaran hartanah.

Sementara itu, seorang pakar hartanah juga berkata, penjualan tanah lebih RM5 juta daripada harga belian tidak membawa sebarang hasil kepada Tabung Haji.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Zerin Properties Previndran Singhe sebaliknya mempersoalkan mengapa Tabung Haji mahu menjual semula tanah berkenaan sedangkan sebelum ini mereka mendakwa ia pelaburan yang baik.

"Saya sangka ia satu pelaburan yang baik. Mengapa mereka perlu menjualnya?" katanya.

Penjualan Semula Tanah Tabung Haji Akan Mengalami Kerugian.. Ini Buktinya?

Malah, Azeez sebelum ini mempertahankan pembelian itu dengan berkata Tabung Haji akan menghasilkan pulangan tahunan sebanyak 9%.

Katanya, cadangan asal membangunkan sebuah pangsapuri mewah di tapak itu mampu menjana keuntungan sebanyak RM180 juta dalam tempoh tiga tahun.

Previndran turut mempersoalkan jika 1MDB tidak memasukkan "klausa tidak menjual semula" ketika menjual tanah itu kepada Tabung Haji.

Beliau berkata, pemaju induk biasanya memasukkan satu klausa bagi mengelakkan rakan kongsi daripada menukar pemilikan tanah mereka atau menjualnya dengan cepat bagi mendapatkan keuntungan.

Tambahnya walaupun tiada klausa melarang menukar pemilikan untuk tempoh tertentu, ia biasanya berlaku sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 atau 3 tahun.

Setakat ini, 1MDB mahupun Tabung Haji masih enggan menjelaskan kepada The Malaysian Insider mengenai klausa tukar hak milik tanah dan cukai yang akan dikenakan daripada hasil jualannya nanti.

1MDB yang diilhamkan Najib, kini menjadi sebuah syarikat paling banyak menanggung hutang kira-kira RM42 bilion dan mengalami masalah aliran tunai walaupun mendakwa mempunyai aset yang mencukupi untuk menampung hutangnya.

Najib yang juga menteri kewangan merupakan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Beliau berdepan dengan kritikan cukup hebat termasuk desakan meletak jawatan berhubung kegagalan bersikap telus terhadap masalah yang dialami firma pelaburan itu.

1MDB dimiliki Kementerian Kewangan dan ditubuhkan dengan ekuiti sebanyak RM1 juta yang diberikan kerajaan ketika penubuhannya pada 2009.

Satu lagi dana berkanun kerajaan, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dilaporkan semalam turut bersetuju untuk membeli satu lagi plot tanah milik 1MDB di TRX.

The Star memetik sumber berkata, KWAP membeli tanah itu pada harga RM2,300 sekaki persegi.



Iklan B (ii)
















3 comments:

  1. Setakat nak buat untung dari pembelian tanah yang disonglap dari kerajaan, baik tak payah. Kalau kita beli hp yang dijual oleh Mat Pit yang berkeliaran kat parking area, sudah pasti kita boleh buat keuntungan kalau kita beli dan jual balik. Tapi, mahukah kita simpan keuntungan yang sebegitu?

    ReplyDelete
  2. GST, 1MDB, TH, Tabung Amanah Pencen, KWSP dll akan menjadi faktor-faktor yang akan menyebabkan UMNO dan BN akan kalah teruk dal PRU ke14 ! Tanda-tanda awal ialah kemerosotan majoriti UMNO yang teruk dalam kubu UMNO sendiri dalam PRK Rompin dan kekalahan UMNO dalam PRK Permatang Pauh !

    ReplyDelete
  3. Mereka kata "BN menang rakyat senang"

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...