Wednesday, 13 May 2015

Berita Gempar Hari Ini


GLC Bail Out 1MDB. Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa Permodalan Nasional Berhad (PNB) turut terlibat "meminjamkan" wang kepada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selepas Lembaga Tabung Haji, melalui pembelian RM579.2 juta sukuk.

Rafizi memetik akhbar The Star yang melaporkan 1MDB mengeluarkan sukuk bernilai RM1.5 bilion tahun lepas kepada PNB dan Tabung Haji.

"Terbitan hutang melalui bon sukuk oleh 1MDB ini melibatkan pembelian sukuk oleh dua agensi pelaburan kerajaan iaitu Tabung Haji dan PNB," kata Rafizi, pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

"Ini bermakna, sejumlah RM920.8 juta dipinjamkan oleh Tabung Haji kepada 1MDB. Baki RM579.2 juta dipinjamkan oleh PNB kepada 1MDB," kata ahli Parlimen Pandan itu.

Beliau berkata, sukuk itu tidak disenaraikan dan tidak didagangkan secara aktif di pasaran bon.

"Ia adalah kertas hutang yang dirundingkan secara terus di antara 1MDB dengan Tabung Haji dan PNB," katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, oleh kerana ia tidak disenaraikan, sukuk itu tidak ditarafkan seperti mana-mana kertas lain.

GLC Bail Out 1MDB

"Hutang RM1.5 bilion ini dijamin dengan cagaran tanah Bandar Malaysia (yang diberikan oleh Putrajaya kepada 1MDB) dan janji kutipan sewa di Bandar Malaysia (apabila siap), dan akan digunakan untuk membayar hutang RM1.5 bilion ini," kata Rafizi.

Beliau berkata, hasil semakannya mendapati, 1MDB merancang menerbitkan sehingga RM2.5 bilion sukuk bagi membiayai pembangunan Bandar Malaysia, di samping hutang sebanyak RM2 bilion yang diperolehi dari Ambank, juga bagi tujuan pembangunan Bandar Malaysia.

Rafizi berkata, malangnya sehingga hari ini Bandar Malaysia belum memperlihatkan kemajuan meyakinkan yang boleh mendatangkan keuntungan dan membantu 1MDB membayar balik hutang kepada Tabung Haji dan PNB.

"Di mana lapangan terbang di Ipoh dan kem tentera baharu di Negeri Sembilan yang merupakan sebahagian program pemindahan infrastruktur tentera Malaysia apabila Kem Sungai Besi diserahkan kepada 1MDB?

"Soalan paling besar, apa yang terjadi kepada RM3.5 bilion (RM1.5 bilion daripada sukuk pinjaman Tabung Haji dan PNB, dan RM2 bilion pinjaman Ambank), yang dipinjamkan setakat ini kononnya untuk membangunkan Bandar Malaysia?" soal Rafizi.

Menurutnya, penglibatan PNB dalam memberi hutang kepada 1MDB mengesahkan kebimbangannya dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menggunakan dana awam menyelamatkan syarikat bermasalah itu.

Minggu lalu, Tabung Haji dikritik hebat apabila didedahkan membeli sebidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX) bernilai RM188.5 juta daripada 1MDB.

Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kemudian berkata lembaga itu dinasihati Najib menjual tanah itu kepada pihak swasta.

Iklan B (ii)
















2 comments:

  1. Aku tak percaya lah kat rafizi.
    Kan kat parlimen Azez dah kata duit tabung haji tak akan kena usik 1MDB
    tak kan la azez nak menipu pulak...
    kan kan kan kan heee

    ReplyDelete
  2. Tahniah dan syabas kepada Rafizi yyang berjaya mendedahkan pelbagai skandal BN termasuk skandal 1MDB-TH ! Kita semua tidak mahu BN menggunakan dana awam seperti KWSP, TH, ASB, Kumpulan Amanah Wang Pencen dll untuk menyelamatkan 1MDB yang mempunyai hutang RM42 billion berdasarkan kenyataan Mahathir.

    Kita tidak mahu pengerusi dan lembaga pengarah TH yang juga menjadi talibarut 1MDB menggunakan wang rakyat dalam TH untuk membeli tanah 1MDB sekangkang kera pada harga yang berpuluh kali ganda lebih tinggi dari harga asal yang diperolehi oleh 1MDB kerana urusan jual-beli ini boleh merugikan rakyat yang menyimpan wang dalam TH ! Sepatutnya TH membeli tanah terus dari kerajaan pada harga yang sangat murah !

    Semoga BN akan kalah teruk dalam PRK dan PRU ke14 kerana GST, 1MDB, KWSP, TH, ASB, Kumpulan Amanah Wang Pencen dll !

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...