Tuesday, 26 May 2015

Impian Umno Hampir Pasti Berkubur.. Saksikanlah


Pemimpin Umno Terkedu Dengan Kenyataan Ini? Datuk Mahfuz Omar hari ini menolak sekeras-kerasnya dakwaan wujudnya usaha dalaman ahli parti Islam itu mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno-Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan parti itu berkata, PAS konsisten dengan ketetapannya bersama Pakatan Rakyat (PR) dan tidak akan sesekali mengkhianati pegangan itu dengan membentuk kerajaan perpaduan bersama BN.

"Usah terlalu mudah mempercayai khabar fitnah isu 'unity government' (kerajaan perpaduan) yang tidak berkesudahan ini, termasuk apa yang diucapkan mantan timbalan presiden PAS. 


"Bahkan, Majlis Syura Ulama PAS turut membuat penafian kononnya majlis itu dan ahlinya ada yang berusaha membentuk kerajaan perpaduan PAS dengan Umno-BN," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau dipercayai merujuk kepada bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang disebut oleh bekas pemimpin PAS Datuk Hassan Ali, dalam sebuah video lama tahun 2013, menyokong usaha gabungan itu.

Hassan dalam ucapannya dalam video itu mendakwa sememangnya wujud usul menggabungkan PAS dan Umno yang dinamakan 'usul UG' dibawa presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.

Pemimpin Umno Terkedu Dengan Kenyataan Ini? 

Katanya, usul menggabungkan PAS dan Umno itu disokong pelbagai pihak dalam PAS, termasuk Nasharudin dan beliau sendiri.


Hassan dalam video tersebut menegaskan Hadi sangat pro kepada penggabungan PAS dan BN, tetapi dihalang puak Anwarinas dan pro bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Video tersebut ialah rakaman sesi soal jawab pada satu program dihadiri penggiat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dari seluruh negara yang berlangsung di Kem Permata Resort, Melaka.

Mahfuz berkata, sekiranya benar wujud usaha melaksanakan kerajaan perpaduan itu, beliau pemimpin pertama dalam PAS yang akan menentangnya.


"Saya turut memberi jaminan tidak ada pihak di dalam PAS yang ingin membawa kepada penyertaan PAS ke dalam BN, tetapi sekiranya ada, saya sendiri menjadi orang pertama akan menentang usaha tersebut.

"Saya menyeru semua pihak dalam PR berjiwa besar dan optimis mempertahankan kerjasama ini. Usahlah bersifat negatif dan pesimis kerana ia hanya mengeruhkan lagi hubungan (PR) yang kian longgar," katanya.

Pada masa sama, Mahfuz turut membidas DAP yang dilihat terlalu menentang hasrat parti Islam itu melaksanakan hudud dengan menegaskan ia merupakan hak demokrasi parti Islam itu sejak 1990.

"Bukankah DAP sebagai parti yang mengaku pejuang demokrasi tulen sepatutnya menghormati hak dan suara pihak lain yang secara sah mendapat majoriti di Dewan Undangan Negeri Kelantan.


"Pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Kelantan hanya akan dapat dilaksanakan sekiranya Parlimen memberi kelulusan," katanya.

Beliau berkata PAS tidak akan menghalang dan akur sekiranya DAP atau BN menolak Rang Undang-Undang Persendirian Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) yang dibawa Hadi kerana ia merupakan keputusan Parlimen.



Iklan B (ii)










No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...