Tuesday, 12 May 2015

Najib Terkedu Dengan Sindiran Tajam Ini?


Najib Terkedu Dengan Sindiran Tajam Ini? Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua hari ini mengatakan sekiranya tanah yang dibeli daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Tun Razak Exchange (TRX) begitu menguntungkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seharusnya menggesa anak tirinya, Riza Aziz yang kini menetap di Amerika Syarikat membeli tanah tersebut.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, Najib perlu meminta anak tirinya itu menjual kesemua hartanahnya di negara tersebut untuk membolehkan dia membeli tanah TRX yang dibeli Tabung Haji.

Pua berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Najib semalam yang mengatakan Tabung Haji menjual tanah itu kepada sektor swasta ialah satu urusan komersial yang baik dan membolehkannya mengaut untung beberapa juta ringgit dalam tempoh masa yang singkat

"Perdana menteri yang juga menteri kewangan tentu bergurau," kata Pua.

"Jika begitu mudah untuk Tabung Haji 'mendapatkan beberapa juta ringgit', kenapa 1MDB begitu terdesak mendapatkan dana, tidak menjualnya kepada pihak yang didakwa sanggup membeli dengan harga yang lebih tinggi berbanding Tabung Haji?" soalnya

Agensi berita Bernama semalam melaporkan, Najib menafikan pembelian tanah pada harga RM188.5 juta ialah satu tindakan menyelamat atau “bailout”, sebaliknya menegaskan, isu itu diputar belit bagi memperlihatkan seolah-olah Tabung Haji menggunakan wang pendeposit untuk menyelamatkan 1MDB daripada masalah kewangan.

Beliau dilaporkan berkata, pihaknya menasihati Tabung Haji untuk menjual tanah seluas 0.64 hektar itu bagi mengelakkan kontroversi urusan pembelian tanah itu dipanjangkan.

"Kami tidak mahu kontroversi ini dipanjangkan kerana ia akan mengambil banyak tenaga kami dari segi memberi tumpuan terhadap beberapa daripada program-program besar yang kami cadang untuk laksanakan," katanya pada satu sidang media di Sabah.

Pua bagaimanapun berkata, Tabung Haji dipaksa membayar harga untuk tanah itu bagi menanggung risiko bagi pihak 1MDB untuk mencari pembeli.

Najib Terkedu Dengan Sindiran Tajam Ini?

"Kenapa tidak 1MDB menemui pembeli yang berminat yang didakwa bersedia membeli tanah itu, dikatakan mereka sanggup membayar lebih RM5 juta untuk tanah yang dibeli oleh Tabung Haji?" katanya.

Malah, Pua turut mengkritik Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan mengatakan dakwaan beliau tidak berasas apabila mengatakan tanah itu boleh dijual dalam masa seminggu.

"Beliau begitu komited tanah itu akan dijual kepada pembeli dengan keuntungan RM5 juta dan diselesaikan dalam tempoh seminggu," katanya.

Sehubungan itu, Pua berkata DAP menggesa Najib menunjukkan contoh yang baik dengan menggesa anak tirinya menjual aset di luar negara dan membeli tanah tersebut. 

Akhbar The New York Times pada Januari melaporkan Riza Aziz membeli kondominium mewah di New York Park Laurel dan rumah banglo di Los Angeles Beverly Hills pada harga RM121 juta dan RM63.2 juta.

"Lebih menakjubkan, kesemua ini dimiliki secara tunai, tidak lain dan tidak bukan oleh Jho Low!" dakwa Pua merujuk kepada ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB, Low Taek Jho.

Beliau berkata, pihaknya mengetahui, salah satu sebab 1MDB terpaksa menjual tanah itu adalah kerana dibebani hutang RM42 bilion kerana syarikat Jho Low memindahkan berbilion ringgit daripada 1MDB.

"Dan sekarang, 1MDB terpaksa menjual asetnya yang dibeli pada harga yang lebih murah daripada kerajaan untuk mendapatkan dana bagi melangsaikan hutangnya.

"Sebagai contoh, 1MDB menjual 1.56 ekar tanah kepada Tabung Haji dengan harga RM2,773 sekaki persegi walaupun membelinya dengan harga kurang RM64 sekaki persegi," kata Pua.

"Oleh demikian, jika perdana menteri percaya, membayar lebih RM2,773 sekaki persegi adalah urus niaga yang baik, beliau harus menasihatkan Riza Aziz untuk menjual hartanahnya sejumlah RM184 juta dan membeli tanah itu daripada Tabung Haji."

Beliau berkata, jika Najib masih mahukan rakyat Malaysia menyelamatkan 1MDB daripada masalah kewangannya, lebih tepat untuk menunjukkan contoh, keluarganya menggunakan kekayaan mereka menyelamatkan 1MDB.



Iklan B (ii)
















No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...